Wednesday, August 19, 2015

Keselamatan Anak-Anak

Assalamualaikum..

Anak umpama nyawa. Tu perumpamaan.. Siapa tak sayang anak ye tak? Marah anak pun sebab sayang. Bebel pun sebab sayang..tapi, ada hamba Allah ni dia kata orang yang marah2 anak bising pot pet pot pet tu garang. Hehehe.. Anak kau dah besar panjang zaman kecil elok diam tak ligat boleh la makcik!

Sekolah walau dekat sekangkang kera tetap berhantar dan berjemput. Motif ayah tukarkan sekolah yang dekat konon biar mereka balik sendiri tak perlu ummi susah dengan baby lagi sibuk nak ambik anak sekolah. Tapi.. Mampu ke ummi nak tengok anak menapak di bawah panas terik tu? Tak kot..

Baby tido pun angkut juga bawa ke sekolah. Meragam? Takat ni baby tak meragam walau terjaga dari tido, yang meragam tu si abang apit je la..demi memastikan si anak selamat sampai, ummi intai sampai mereka masuk dalam kawasan sekolah baru ummi balik.

Letih?
Takda siapa yang tak letih urus lima anak terutama 4 dah bersekolah. Tapi kita bahagia kerana kita dapat pastikan anak kita selamat pergi dan pulang. 

Terkenang dulu zaman sekolah... Kes rogol culik tak seteruk zaman kini. Tapi.. Pernah la LM kena kejar dengan orang giler . Dia naik motor dan LM berbasikal. Kayuh basikal melintas jalan dah tak nampak kereta dah masa tu. takut sangat. Bila dapat tau mak dia pun hampir dia rogol( mujur bapak dia sempat selamatkan mak dia) lagi la makin takut nak ke sekolah . Jarak dari rumah ke sekolah jauh pula tu. 

Zaman tu mana lah bonda ada motor atau kereta. Jauh sekali nak kata tau bawa motor atau kereta. Zaman duduk kampung mana ada bas atau van sekolah. Untung lah adik2 ku yang bawah2 tu bonda dah tau bawa motor dan kereta. Boleh ambik mereka balik sekolah.. Walau usia 44 tahun agak lewat untuk bonda punya lesen kenderaan tapi ia bermanfaat buat dirinya dan kami semua.

Eh dah melalut ke cerita silam pula.. Anak2.. Harta dunia akhirat. Walau tunggu bas depan rumah pun, pastikan mereka menanti bas dalam kawasan rumah . Bas dah datang baru buka pagar dan naik bas. Sedaya upaya kurangkan peluang untuk mereka melakukan jenayah terhadap anak2 kita..




www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Demi keselamatan anak seorg ibu sanggup buat apa saja
Apa lagi keadaan masa kini banyak isu yg buat ibu-bapa cuak.

ejulz said...Reply To This Comment

anak2 harta akhirat..

ejulz said...Reply To This Comment


Entry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"


Kira Sakura said...Reply To This Comment

betoi kak. sape yang tak sayang anak. kira ni nak lepaskan uwais main dekat taman pun takut2 berani. ngekor je bontot dia walau kemana pun. janji kita dekat dengan dia. kalau tak bagi berdunia luar risau pulak jadi kot lain nanti haishhh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Zaman kita sekolah dulu-dulu, kes kanak-kanak kena rogol ke, kena culik ke, sangat jarang kedengaran. Boleh bilang dengan jarilah 4,5 tahun mungkin sekali kita dikejutkan dengan kes macam ni. Tapi sekarang ni memang menakutkan betul. Saya ni bab keselamatan anak-anak memang prioriti utama. Sampaikan adakalanya saya rasa macam saya keterlaluan pulak. Tapi malangkan tak berbau. Kenalah kita berhati-hati selalu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...