Saturday, August 22, 2015

Kucing Terbiar

Assalamualaikum..

Ada sesiapa pembaca di sini yang pencinta kucing?

LM suka kucing sejak kecil. Sebelum lahir sampai la dah besar memang ayah bonda pelihara kucing. Kami pelihara kucing kampung saja. Tak mampu pun nak beli kucing harga beribu ekor kembang mata sepet hidung pesek tu. 

Andai ada kucing terbiar yang orang buang kami ambil pelihara. Sampai kini bonda masih pelihara kucing yang dijumpai tepi jalan dibuang orang. Dia jumpa depan masjid, terus dibawa pulang ke rumah. 

Bila ada anak maisarah ada asma memang LM larang dia pelihara kucing. Larang sekerasnya walau merayu bagai nak rak. Setakat bagi makan di luar rumah saja dibenarkan. Tapi.. Bila syafiq mengamuk nak kutip kucing di pasar borong dulu terpaksa juga si abang kutip celah-celah bakul sayur dan angkut bawa balik rumah. 

Elok baik tak pernah buat perangai curi lauk dalam tudung saji ke atau berak celah sana sini. Tapi, dia mati sebab sakit ke atau kena racun tak tau lah. Tiba-tiba tak bermaya demam terus mati. Taubat dah takmo bela kucing. Bila kehilangan kucing yang kita sayang terus rasa perasaan kehilangan yang menebal. Masa tu hamilkan baby ariz, menangis sampai 4 hari tak habis-habis. 

Puas la anak-anak syurga ni kena warning jangan angkut kucing balik lagi sebab ummi takmo hadapi kemungkinan kucing hilang atau mati. 

Beberapa bulan lepas datang seekor kucing sebiji rupa macam black kami. Mungkin kah anak black yang hilang dulu?dulu black lahirkan 4 anak. Tapi tiga mati dan seekor tu hilang. Terlepas dari sangkar terus hilang.4 hari black tak balik mencari anak dia. Biasanya bila hujan petang  dia tido atas katil dengan LM tup tup petang hujan ribut tu dia takda. Bila dia balik beberapa hari lepas tu badannya kotor berlumpur dan dia tak bermaya.

LM tak tau lah dia kena hujan atau dicampak masuk longkang atau terjatuh ke.. Tak tau lah. Tiga hari demam tak sempat nak bawa ke klinik, hujung minggu tu kami balik ke kampung. Sempat bagi makan ubat dua kali je kalau tak silap. Siap pesan kat dia ummi balik kampung nanti isnin ummi balik. Balik isnin tu jumpa dah kembung terbaring belakang rumah. 

Malam tu juga incek suami tanam dia belakang rumah. Bengkak-bengkak mata  menangis . Kucing yang datang tu emang sebiji rupa macam black. Hitam semua dan putih macam pakai stokin di keempat kakinyasan putih bahagian bawah badan. Datang terus masuk rumah dan dipeluk dicium dia diam je. Siap lentok2 kepala lagi macam dah kenal lama. Menangis lagi sekali.. Mungkin kah yang mati dulu bukan black dan yang datang tu memang black yang dulu kot la sesat ke..

Tak mungkin kot.. Memang black dah mati. Setelah melepaskan rindu, siap bagi makan pada seiras black tu lepaskan dia di luar dengan harapan esok dia tak hilang. Tapi esoknya tak muncul lagi dah kucing tu :(

Betapa besarnya erti black dalam hati LM. Kucing terbiar je.. Tapi bila kita dah sayang memang sepenuh hati kita akan sayang.

Minggu lepas ada mini market baru buka di sini. Kami cuba masuk intai-intai. Di pintu masuk tu ada seekor anak kucing warna hitam duduk gaya kesejukan tak bermaya. LM terus patah balik ke kereta panggil adik ad cakap kat dia ada 'anak black'

Terus dia main-main dengan kucing tu. bila pekerja situ suruh ambik laju je budak-budak  ni angkut bawa masuk kereta. Hurmm tak sempat nak larang dah diangkut?

Balik tu terus bagi makan. yang ada cuma sedikit nasi semalam dan ikan bilis.  Si kakak tumbukkan nasi campur bilis bagi dia makan licin terus dia makan. terpaksalah mandikan baby bulus tu sementara si ayah memasang sangkar untuk dia. 

Siannya, gaya macam masih menyusu dan sangat manja. Lepas makan terus aktif lari sana sini . Pantang pintu terbuka memang dia masuk ke rumah. 

Tapi sebab ada baby jarang sangat la dia dapat masuk ke rumah. Masalahnya sekarang dia kurang suka makanan kucing. Dia lebih minat makan nasi berlauk ikan goreng, ikan bilis atau ayam goreng. Tak tau nak pujuk macam mana. Agak payah juga nak ditinggal balik kampung kalau dia jenis tak makan makanan kucing ni. Siapa pulak nak bagi ayam ikan kat dia nanti?


Black namanya. Memang black betul takda warna lain.. Hihi

 Dah seminggu bersama kami nampak sedikit besar berbanding sebelumnya. Dah gaya macam baby ariz pun ada, dia tak boleh hilang ummi, asik mengiau je tepi pintu depan atau pintu dapur panggil ummi. Baby ariz pun tak gitu. Haish anak bulus ni.. Saja la tu nak bikin hati ummi cair. Dah la ummi mandikan pakai sabun baby ariz, cium kucing bau cam baby, cium baby bau cam kucing. Ops!😁

Nota kaki: org nk bagi kucing parsi ummi tolak. Si kakak merayu minta belikan kucing ummi takmo tup tup kucing jalanan juga yang dikutip. Takpelah.. Moga2 ia jadi saham akhirat. Elok kencing berak di pasir yang ummi sediakan. Mujur pasir untuk black aritu ada 1/2 kampit lagi.




www.tips-fb.com

3 comments:

ctpayong said...Reply To This Comment

letakkan aje kibble tu nnt lama2 dia pandai makan bila dia lapar. letakkan jugak bekas air. terima-kasih tolong jaga meow black tu. kita geng!

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya ni penggeli, LM. Memang tak boleh rapat dengan kucing. Anak saya yang kecil tu pun sepelaung dah lari kalau nampak kucing. Memang kami tak pernah bela kucing pun.

Arwah abang ipar saya dulu suka betul ambil kucing terbiar. Tapi sebab kakak saya sendiri tak suka bela kucing, dihantar semuanya ke rumah emak saya *_*

Kira Sakura said...Reply To This Comment

teringin nak tengok black kaki putih pakai stoking tu. ktorg xbela kucing takut tak terjaga nanti. cuma ada seko kucing jadi pengunjung setiap belakang tingkap. mintak makanan. nak buat entry la pasal dia ihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...