Sunday, August 23, 2015

Lawat Ayah

Salam...

Ahad yang padat. 

Hari ni nekad nak lawat ayahnda sebelum dia warded esok. Jika mengikut perancangan esok pagi ayah check-in dan selasa pagi ayah akan jalani pembedahan membuang tumornya. 

Sebulan lalu seminggu lepas raya semasa ayah bonda dalam perjalanan ke rumah kami mereka hampir kemalangan bertembung dengan lori. Perjalanan pulang pun hampir kemalangan bertembung dengan kereta. Ayah baru sedar matanya tiba-tiba kabur

Ayah sangka mungkin power spek dia makin naik tapi bila seminggu lepas tu makin kabur dan gelap dia mula gelisah. Isnin minggu lalu ayah check di hospital pantai melaka dan bila di scan otak ya doktor dapati ada tumor di otak ayah di antara dua mata. Tumor tu sangat cepat membesar dan apabila dia menghimpit mata tu yang mata ayah rosak menjadi kabur.

Syukur segala persiapan agak pantas, selasa ni dah nak operation. Resah gelisah hati gunda gulana bila dengar keadaan ayah. Hati berbelah bagi nak balik atau tidak sebab anak2 sedang exam dan si kakak jadualnya padat nak upsr. 

Akhirnya... Dengan nekad kami pulang kejap lawat ayah dengan meninggalkan dua yang besar. Mereka boleh study dan tak keletihan ulang alik nanti. 

Ye , memang nekad dan jantung berdegup kencang sepanjang perjalanan sampai lah tiba di rumah baru lega. Pesan berbakul- bakul , jangan itu jangan ini... Huhu. 

Perjalanan pergi balik je dah 6 jam tu pun tak kira jammed ke apa.. Paling longlai pastilah driver(bos besar). Tapi boleh bersahaja singgah beli telur la.. Beli lemang la.. Macam takda apa2 . Kalau LM tersadai letih dah tu.

Balik kampung (kampung ke taman?)pastilah bonda sediakan lauk kegemaran ikan sungai . Nyumsss gulai  ikan lais campur asam cepu.ops sape tak makan ikan sungai duk diam2. Kami orang segamat memang makan ikan sungai. 30 lebih sekilo pun ayah bonda sanggup beli kerana tau anak yang dah tua suka. Agak-agak kita ni berkura tak nak hulur makanan mahal kat ayah bonda kita? Hulur duit berkira tak? Makan mewah2 sana sini tapi sedihnya ada di antara kita lokek nak belikan makanan mahal buat ayah bonda kan? Tu ayat peringatkan diri sendiri. LM tau korang baik orangnya. 

Bila bonda bercerita tentang harga ikan terasa besarnya kasih ibu sedangkan banyak manalah pendapatan mereka. 

Untuk anak yang tuanya pastilah ikan tadi. Si angah beli telur itik semalam nak makan gulai telur itik( maklumlah isteri dalam pantang takkan si isteri pula nak disuruh menggulai). 

Si alang nak makan pisang santan macam LM buat tempoh hari. Makanya bonda perlu menggulai dua jenis lauk berasingan. Semua nak dimasak demi anak2. Gembiranya mereka anak pulang walau sekejap cuma. Mampukah kita sebagai anak menggembirakan hati orang tua kita? Risaunya hati ni andai tak mampu buat mereka tersenyum. 

Jutaan terima kasih buat bos besar incek suami kerana menunaikan impian LM nak lawat ayahnda sebelum operation. Berbaldi kot air mata nangis nak balik akhirnya nekad dengan cara ini. Letih? Letih giler kot..

Operation nanti akan dilakukan melalui lubang hidung. Katanya hanya dua cara pembedahan dapat dilakukan iaitu melalui dahi yang dibelah atau lubang hidung. Belah dahi lagi ngeri kot dengarnya.. Maka mereka pilih ikut hidung walau ayah pasrah ada tisu dalam lubang hidungnya terpaksa dibuang. 

Moga operation nanti berjalan lancar dan berjaya. Amin
www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga ayah LM selamat menjalani pembedahan ni.. moga cepat sembuh lepas ni.. risau dgr pasal kesan dan simptom, tapi insyaAllah dapat sihat kembali.. lega juga ayah tu kan.anak2 menantu sempat balik sebelum beliau menjalani pembedahan...

Anonymous said...Reply To This Comment

Insya allah semoga selamatnya semuanya za -syariena-

Azira Abu Bakar said...Reply To This Comment

Semoga segalanya dipermudahkan oleh NYA

Salam kenal dear..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kiranya ayah LM masih di operation roomlah sekarang ni ya?

Semoga semuanya berjalan lancar dan harapnya ayah LM sembuh dari penyakitnya. Seriau bila saya baca tentang parents LM yang hampir kemalangan dua kali dek kerana kabur pandangan ayah LM. Lagi saya seriau bila LM kata pandangannya kabur bukan dek kerana power yang makin meningkat tapi sebab ada tumor. Aha, saya ni pun terasa-rasa semakin blur teruk sejak pakai cermin mata. Macam cepat sangat power tu meningkat. Oh, minta dijauhkanlah hendakNya dari segala penyakit berbahaya. Kalau setakat power jer meningkat, hati masih boleh terima lagi!

Betul, LM. Makpak saya dulu pun macam tu. Anak nak balik, mereka girang tak terkira. Beli itu ini makanan kesukaan anak-anak. Melayan kerenah anak dari kecil sampai dah tua bangka. Lepas tu layan kerenah cucu pulak. Kalaulah kita mampu buat walau hanya dua pertiga daripada apa yang mereka buat untuk kita....

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ngerinya dengar cara operation tu kak. tapi memang kan rasa lega sangat dapat balik tengok dorang walaupun sekejap dan kita letih yakmat huuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...