Wednesday, August 5, 2015

Makan Makanan Seimbang Demi Baby

Assalamualaikum.

Makanan seimbang. Sama erti dengan diet seimbang kan?

Hurm.. Terkenang zaman dulu kala. LM ni sangat takut dengan sayur terutama sayur yang pahit. Mungkin, bonda suka makan dan masak sayur pahit seperti pengaga, sawi.. Peria. Tu yang  lM rasa sekali pahit terus tak suka sayur. Ayah pun bukan pemakan sayur yang tegar pun. Ehehe

Bila dah besar memang gigih la mengasingkan taugeh atau sawi dalam mee atau mihun. LM mampu makan migun sampai licin pinggan walau penuh taugeh dan sawi. Gigih asingkan taugeh tapi korang boleh agaklah berapa lama LM mengadap sepinggan mihun tu.

LM cuma makan bayam dan kacang panjang je. Kacang buncis tak suka sebab rasa dia manis sangat. Ramai yang suka tapi tidak untuk tekak LM. Makanya kalau beli tu hanya masakkan untuk LM je. Pernah terrrr makan mak suami masak dah letak kicap LM kompius ler pulak tu kacang panjang ke buncis. Ekeke. 

Tapi kan.. Mula dipaksa makan sayur bila hamilkan maisarah. Makan depan laki mana berani asingkan sayur. Berlinang2 air mata kena telan sawi weh. Taugeh pun sama. Bau dia? Grrrr nak muntah masa tu.

Sikit-sikit belajar makan kobis. Eh sedap la pulak kobis masak lemak putih. Nyumsss.. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan memang umphh..

Bila terpaksa makan sayur demi anak dalam kandungan dan yang disusukan kita terrrrrpaksa gak makan kan? 

Dan..
Bila hamilkan anak nmbr tiga LM mula suka taugeh. Ish ish ish ini memang pelik. Sesuatu yang tak diduga. Kalau dal mee atau mihun ada taugeh rangup2 tu sangatlah LM suka. Pelik kan? Dari tak suka tetiba suka. Dan terus suka sampai sekarang.. 

Tu yang masa duduk doha gigih buat taugeh tiap minggu untuk stok goreng mee atau mihun. Taugeh boleh diguna hari ke 4-5 lepas dibuat. Err kat malaysia ni tak pasti sebab tak pernah buat sendiri lagi. Beli je selama ni. Kat sana LM simpan dalam bilik dobi kami. Situ panas ada dryer tu yang cepat jadi kot? Entah la.

 Oleh kerana tekak ni tak suka sawi kerana pahit(dalam pantang makan gak sayur sawi masak air demi takmo sembelit dan nak banyakkan susu sebab LM tak makan lobak putih), maka LM tukar kepada sawi taiwan. Sawi taiwan tu yang pendek2, batang dia gemuk tu ye. Atau namanya pak choi. Atau guna sawi hong kong yang hijau  pekat daunnya pendek dan berbunga kuning. Dua jenis sawi ni manis dan sesuai nak buat mi sup bagai tu. biar mahal sket tapi tekak boleh telan.. Demi baby. Nanti sentap pula bila orang tegur kecik nya anak awak? Awak tak makan makanan seimbang ke? Susu tak cukup ke? Sentap kan?

Makanya..
Demi mendapatkan baby putih mulus gebu gebas terpaksa telan makanan yang kita tak suka demi baby. Ye tak?

Cerita kemain.. Korang jangan anggap LM boleh telan semua sayur tau! Sayur peria ke, labu air ke pengaga ke memang LM tak boleh telan pun. 

Setakat ni kalau masak mee togel anak2 la paling hepi. Ye la.. Tak perlu asingkan sayur. Ngikut perangai maknye la tu tak suka sayur. Haishh!!!

Kalau nak suruh anak2 telan sayur LM sagat carrot tu masuk dalam mihun atau buat bakwan sayur campur udang bebanyak, memang mereka telan tanpa banyak tanya. Atau buat nasi carrot.. Bertambah2 makan sampai dia tak au itu carrot. Carrot cake pun dia tak tau tu carrot. Ekeke

Anak LM acha sorang je yang makan sayur. Makanya dalam rumah ni sayur dimasak untuk kami bertiga je. 

LM ngeri bab sayur je, buah semua LM bedal kecuali mengkudu. Kui kui kui..

"So sekarang ni LM penggemar sayur lah ye?"

Tak la gemar, cuma boleh la nak telan walau satu dua jenis. Gi chicken rice shop boleh la nak telan taugeh dia tu. hihihi..



www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Lahawlawala... baru kakak tahu.
Kakak ni sebab org kampung dan miskin masa kecik nak berlauk payah jadi makan sayur yg banyak (arwah mak tanam sendiri) jadi semua sayur kakak makan. Tak ada lauk tak apa tapi mesti nak sayur tak kiralah peria pun kakak suka. Pahit dia sedap tau hihi...

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

Aisyah sangat suka sayur.. kadang2 mintak nak sayur... semua sayur makan kecuali sawi kadang2.. sbb kadang2 sawi terasa pahit skit... kalo tak pahit dia telan je...

paling dia suka sayur bayam.. tak pahit... bayam sgt best!! hehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya sampai sekarang tak boleh. Bila kata tak makan sayur, mesti orang tanya ada 'sejarah silam' ke sampai tak suka sayur? Saya pun tak tahu apa puncanya tapi seingat saya memang sejak mengenali sayur-sayuran saya dah tak makan. Kalau dulu memang makan jemput-jemput ikan bilis+bawang tu, saya tarik bawang keluar susun tepi pinggan. Kalau makan mi penuh sayur, saya sanggup tarik satu-satu susun tepi pinggan elok-elok lepas tu saya makanlah mi tu. Sekarang ni sayur hijau memang saya tak makan tapi macam cendawan tu bolehlah telan. Tak tahu kenapa. Kalau hijau saya baru nampak belum telan dah rasa semacam! Kacang panjang pun saya makan tapi dengan syarat kena hiris menyerong nipis-nipis. Kalau tebal minta maaflah tak boleh telan rasa macam makan daun pokok hijau jerk!

Pun begitu saya tak pernah ajar anak-anak jangan makan sayur. Dah gene emaknya menurun ke anak-anak agaknya. Abanglah paling picky eater dalam rumah sekarang ni. Itu yang selalu kena marah dengan Daddynya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...