Tuesday, August 4, 2015

Memasak Daging

Assalamualaikum..

Daging..
Bila sebut daging kat kepala LM ni cuma terbayang daging lembu je . Sebab LM bukan pemakan daging kerbau tegar yang perlu sebut daging lembu ke kerbau ke.. Tak timbul kekeliruan di situ.

Sejak kecil LM bukan suka sangat pun makan daging. Maklumlah gigi tak teratur akan buat daging tu terselit celah gigi terutama bahagian geraham bongsu akan buat diri merana berjam-jam lepas makan tu. gosok pun takmo keluar yang terselit tu mulalah hati panasss

Tapi..
Sejak akhir2 ni gemar la pulak masak sambal daging. Kena je resepi campak2 tu dengan tekak sendiri. Maka, bos besar terpaksa belikan kerap daging untu stok lauk . Hehe

Nak masak daging  berebut main cak cak dengan baby Ariz ni agak leceh la juga sebab nak tunggu daging empuk tu satu hal juga.

Makanya..
Lepas je beli terus LM rebus dan simpan dalam plastik beberapa bahagian. Biasanya sekilo daging tu LM buat tiga bahagian. Simpan elok2 plastik tu dalam tupperware. Nak masak ambik je sebungkus.. Cairkan /defrost dalam microwave. Jimat masa..

Bila cili kisar dah ada stok, bawang pun dah ada yang siap kupas amat lah mudah nak masak. Tuang-tuang campak2 terus siap. Kalau baby meragam memang gatal jari juga nak call bos besar nak minta belikan lauk tapi risau tak menepati selera la pula. 

Kalian simpan stok daging macam mana?

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak sebab guna pressure cooker biasanya beli daging hiris-hiris aje dan terus simpan. Bila nak masak masuk aje dlm pressure cooker dlm 15 minit dah empok..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

suami saya suka betul daging..kalau anak2 dengan ayam goreng,dia pulak dengan daging goreng..mujur senang, tak payah rebus2,potong nipis2,bawang merah halia bawang putih dengan cili padi..itu je..boh garam sikit..masak gitu dia sorang je makan,aanak2 dan saya tak berapa gemar sebab saya lebih suka ikan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya dan suami pun peminat daging. Tapi di rumah ni suami makan daging lembu, kerbau dan juga kambing. So membeli tu kena berhati-hatilah, jangan silap sebab tukang masak makan daging lembu aje. Pun begitu, saya tetap masakkan daging kerbau/kambing untuk suami juga. Makan tidaklah.

Saya pun memang blend siap-siap bawang, bawang putih, halia dan lada kisar untuk kegunaan seminggu. Masa nak masak campak ajelah. Kalau tidak, entah pukul berapa baru dapat makan, LM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...