Friday, August 28, 2015

Mengintai Dari Tepi Tingkap

Assalamualaikum..

Kisah malam jumaat... Ummi macam biasa bila letih laju je nak cari bantal. Memang dah siap gosok awal-awal  pakaian sekolah dan kerja ayah. Bila ayah dan anak-anak balik dari majlis solat hajat di sekolah kakak laju je ummi nak zzzz

Tapi..
Si kecik mula tahan mata. Ingatkan dia nak tidur sangat memandangkan kelopak mata dia pun dah warna pink. Lepas menyusu dia terlelap kejap. Tapi bila dengar suara si ayah mata dia bulat semula dan aktif bermain. 

Lepas si ayah layan dia main si ayah dah lena dia masih lagi 'busy' dengan kerja dia. Lama-lama sebab dah mengantuk sangat dan dah lewat hampir jam 12 malam LM letak terus dia di katil dia sebab takut dia terjatuh.

Tapi...
Dia duk berpaut kat tepi katil dia dan mula berdiri tepi katil. Katil dia tu LM letak tepi tingkap. Dia selak langsir mengintai kat luar  la pulak. Aduhai anak.. Duk main aumm cak selak-selak langsir malam jumaat ke? Sobss

Entah jam berapa baru dia terlena pun LM tak tau. Geram pun ada, nak gelak pun ada bila tengok dia main selak langsir tu. baru 6 bulan kot dik, tapi melasak cam dah dekat umur setahun. 

Semalam habis decoder dia tarik sebab nak berdiri di cabinet tv.. Tv tu kami gantung di dinding , cabinet tu untuk letak decoder open box bagai tu je. 

Eh.. Anak dah belajar nak berdiri pun marah ke? 

Grrr time tido takmo tido marah le!!


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Semakin cerdik semakin ligatlah. Apa lagi kaki dah kuat nak berdiri. Mana yg boleh dicapai semua nak dicapai. Jaga-jaga dik bab alas meja kalau ada makanan di atasnya. Sebaiknya masa ini jgn pakai alas meja berjuntai..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Dah makin ligat tu..selalunya waktu2 macam ni kena jaga2 kan.bukan pe,takut jatuh ..kalau takat harta benda pecah jatuh tak pe..ni kalau dia jatuh cemana kan?/dah la bulat..ehehhe

al - lavendari said...Reply To This Comment

ayahnya juga yg sabar dengan ragam anak-anak .. hehe.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aha... mengintai apa tu dik malam-malam Jumaat? Suspense thriller pulak jadinya ^_^

Anak membesar depan mata memanglah kita suka melihatnya tapi bila tak cukup tidur tu, geram juga kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...