Thursday, August 6, 2015

Menyiram Sayur Dan Pokok Bunga

Assalamualaikum..

Hujan!

Yeayy suka!
Alhamdulillah hujan turun setiap hari. Selain meredakan panas yang sangat menyengat kulit, boleh hilangkan bahang di dalam rumah. Tak la pukul 8-9 malam dah pasang aircond . Jimat. Sekarang ni semua benda kena jimat.

Hujan selalu luangkan masa menadah tangan berdoa minta dan terus minta pada Allah apa saja yang dihajati. 

Macam ayat kak zakie tadi kalau hujan tak payah siram pokok, jimat katanya. Betul tu.. Tak perlu LM nak fikir siannye pokok2 cili tu. pokok bendi walau hanya ada tiga pokok amatlah sarat buahnya. Perlu disiram selalu. Pokok limau kasturi pun sarat berbuah tu, limau purut LM berbuah ada yang sampai 7-9 biji sedahan, LM kena siram selalu takut takda air pula buahnya nanti.

Pokok pandan, belimbing buluh(pun sedang sarat berbuah), kedondong(yang ni berbuah tak henti), dan paling manja pokok pudina. Kalau tak siram je mula lah terlentok macam orang tak makan seminggu. 

Biasanya kalau sempat tadah air basihan beras LM akan siram dengan air basuhan beras. Petua bonda.. Siram dengan air basuhan beras, air basuhan ayam dan ikan.. Biar pokok sihat dan gemuk katanya. Tapi kan.. Selalu je air yang disimpan tu bos besar buang bila dia cuci pinggan. Kui kui kui.. Padan muka kan? Siapa suruh tak terus siram terus? Kononnya busy la kan...

Hari tu akhir2 ramadhan amatlah panas. Pokok pudina LM mati sepasu. Hati terluka merintih tak siapa tahu:(

Bila tengok pokok rose yang daun dah tinggal berapa helai lagi lah sendu hati ni. Gigih borak pujuk pokok rose tu surih bertahan. Mujur daun dan tunas baru dah mula keluar. Bunga dah mau nak keluar dah.. 

Pada LM.. Jaga pokok ni sama macam jaga haiwan juga. Kalau awak nak jaga siram lah elok2, baja lah dia. Macam kita jaga kucing, pandai nak jaga pandai la bagi makan. Sebab tu rasa sedih pula bila tengok pokok layu dan kering lambat disiram .. Rasa macam diri ni dah aniaya pokok ni. Semalam baru sempat tanam semula pudina tu.. Sedih.. 

Sejak projek buat tembok keliling rumah yang tak siap lg tu, projek tanaman sayur tertunda sebentar. Tunggu siap baru tanam semula. Bayam, kangkung, crkur dan pengaga aritu habis terpijak2 bila mereka buat kerja. Sobss sedih. Paling sedih tak sempat alihkan sayur pak choy ke tempat lain sebelum dorang buat kerja. 

P/s: org tak suka sayur tanam sayur? Hehehe LM kan menyusukan baby Ariz. terrrrpaksa lah telan sayur. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ha ah..tetiap hari hujan..pagi2 pun hujan..anak mula liat nak bangun tidur..

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

petua siram pokok dgn air beras tu selalu tgk makcik buat dulu masa kecik2

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya baru je nak belajar 'berbudi kepada tanah', LM. Baru hujung minggu lepas teruja tiba-tiba nak tanam pokok. Kita start dengan cili padilah. Entah hidup ke tidak tak tahulah. Saya ikut aje apa kawan saya yang pakar mengajar. Kalau ikut tangan saya ni memang tak hijaulah!

Bab siram dengan air basuhan beras dan bercakap dengan tanaman tu saya tahu dari emak saya tapi tak pernahlah praktik; dah katanya tak pernah berbudi pada tanah tadikan ^_^

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Bab bercucuk tanam ni pun buat saya teruja.. tanah sekangkang kera kami ada tu berhasil juga..bolehla sikit nak makan utk family kecil kami..

Petua LM ni saya nk praktikkan jugala. Harapnya dpt menyiburkan lg pokok2 kecil yg ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...