Tuesday, August 18, 2015

Merangkak

Assalamualaikum..

Betapa indahnya perasaan mengandung dan melahirkan seterusnya membesarkan anak-anak. Nikmat yang tak boleh kita ungkap dengan kata-kata betapa bahagianya.

Alhamdulillah... Baby ariz dah nak masuk 6 bulan. Makin ligat dan melasak kemain.  Cukup baik tak banyak ragam. Takda kuat menangis cumanya bila dia melasak memang ummi tak boleh nak buat kerja apa .selagi  dia tak tidur memang tak mampu buat apa takut dia terjatuh dah sebagainya.


Sejak dia mula meniarap masa 2 bulan setengah tu memang LM bentangkan toto depan tv untuk dia guling-guling. Tilam baby tak cukup luas untuk dia berguling.

Tapi.. Sejak semalam memang tak berfungsi pun toto tu. kita bentang elok-elok dia tarik sana sini bergumpal jadi ya toto tu. dia pun dah mula merangkak pergi jauh-jauh dari toto tu.

Merangkak?
Erkk anak yang lain dulu lima bulan baru bertarik dan duduk kot. Rasanya takda yang secepat baby ariz lima bulan lebih dah merangkak. Haiya dik.. Ummi pun terkejut beruk tengok dia angkat lutut merangkak menuju ke arah dapur masa nenda dia call ummi. Memang biasa nampak dia angkat lutut tu tapi tak la laju merangkak. Tup tup dia betul-betul merangkak memang ummi terkejut.

Dan ... Lebih mengejutkan ummi petang dia mula....


Nampak tak? 5 bulan lebih dah sibuk nak berdiri? Glurp glurpp..

Tak jadi kerja apa. Mengadap dia je la agar tak jatuh tergolek ke terlentang ke..

P/s:membesar depan mata pun terasa kejap je baby ariz dah besar. Kalau ummi jumpa baby sehari 3-4 jam je macam mana lah agaknya. Huhu


www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

cepat nya dia.dah merangkak??jenuh la nak ligan lepas ni..hahha...tak pa la..Ummi dia cepat sikit berpeluh ..heheh

Kakzakie said...Reply To This Comment

Merangkak tu ok lagi dik tapi nak berdiri tu cepat sangat. Tak boleh leka ni. Tak padan chubby tapi ligat. Tulang kuat ni:)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

alhamdulilah ligat budak kecik sorang ni. ni dah boleh duduk ke belum ni? ke skip step? hihihihi. ramai sekarang ni budak kecik skip step merangkak. duduk terus meniti nak berjalan. advance!!!

Mummydearie said...Reply To This Comment

Berkat susu ibulah kot. Ligat dan cerdik. Anak-anak saya yang dua tu saya pun dah lupa LM bila mereka first step mereka in almost everything. Punyalahkan Mommy tak boleh harap. Tapi seingat saya anak-anak saya pun cepat merangkak, cepat berdiri, cepat berjalan dan cepat bercakap. Maklumlah gene cepat semua ni dapat dari Mommynya tambah lagi gene bijaksana Daddynya, lagilah ligat. Hahaha!

Macam kita yang jumpa anak-anak lepas waktu pejabat sehinggalah mereka tidur pukul 10 malam nanti, memang sedih tau. Lebih separuh masanya sehari dihabiskan tanpa kita ibunya. Arghhh.. tak mahu ingat. Nanti basah tudung dengan hingus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...