Monday, August 24, 2015

Mimpi Itu Meletihkan

Salam...

Dah hampir 4-5 malam tidur umpama tidak berkualiti.

Letih.. Ye teramat letih. Kalau boleh jam 10 malam nak lelap mata dah. Tapi.. Bila tido je mimpi. Tidur lagi mimpi lagi. Bersambung-sambung mimpinya.

Mimpi bertemu arwah moyang sebelah nenek ,arwah moyang sebelah atok, arwah nenek... Kenapa asik mimpi insan yang dah pergi je ni? 

Bila asik mimpi dan terasa berjalan samgat jauh dah bangun tido memang akan rasa lesu. Sangat letih. Kata incek "suami tak baca doa tido la tu"

Ye ke tak baca doa? Hurmm

Petanda apakah? Adakah petanda bakal menyertai mereka di alam yang satu tu juga? Kuasa mimpi... Tak pandai mentafsir mimpi. Moga ia hanya mainan tido. Moga umur ini masih panjang untuk menggalas tugas dan amanah membesarkan anak-anak syurga yang lima tu. amal cuma sedikit cuma..

Al fatihah buat insan2 tersayang yang telah pergi. Hidup pasti akan mati, yang datang pasti akan kembali. Moga mereka tergolonh di kalangan kekasih Allah. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Azira Abu Bakar said...Reply To This Comment

Mak saya selalu mimpi mcm ni.. mimpi tu menjadikan dia sgt letih.. mimipi tu selalunya jadi petanda adik beradik mak dalam kesusahan.. mmm Allah je yg tahu

Yan Ty said...Reply To This Comment

try la tny ustaz2 yg arif

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kadang-kadang, tak sempat doa dah tertidur keletihan. Itu yang mimpi macam-macam. Selalunya saya ni kalau bermimpi serius, tak pernah habis sampai ending. Ingat-ingat lupa aje bila dah bangun. Tapi kalau mimpi bukan-bukan, dari awal sampai akhir kita ingat!

Mimpi tu mainan tidur aje, LM. Janganlah difikirkan sangat. Sedekahkan alfatihah untuk mereka yang dah pergi tu. Nak mentafsir mimpi lebih-lebih, tak reti pulak saya ni.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

dorang nak mintak akak sedekahkan doa je agaknya tu kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...