Wednesday, August 12, 2015

Nasi Lemak Tak Cukup Syarat

Assalamualaikum..

Taip pagi celik mata je baru nak fikir menu apa nak masak untuk sarapan dan bekal anak-anak syurga ni.

Semalam dah buat sandwich ayam takkan hari ni nak bawa roti lagi. Tengok jam pukul 5.40 pagi lelaju tanak nasi lemak.

Tapi.. Bila kalut macam tu nasi lemak tak cukup syarat la jawabnya. Ada sambal bilis, timun dan telur mata je la. 

Anak-anak tak komplen apa pun. Janji ada benda nak makan dah syukur. Syukur nasi sempat sejuk sebelum anak-anak naik bas 6.30am. Tu pun kena buka kipas laju-laju agar cepat sejuk.

Lepas la sarapan kami sekeluarga nasi lemak tu. Acha balik tengah hari tadi pun makan nasi lemak. 

Petang ni lepas zuhur tadi baru buat rendang daging campur paru. Kebetulan si ayah dan si kakak suka sangat rendang daging jiran bagi hari tu. buat la sikit ala2 yang jiran bagi. Tak tau la sama ke tidak sebab resepi orang manalah kita tau kan...

Ni sayur pun tak masak lagi. Melayan si kecil main takmo tidur. Semalam dah berulam timun jepun. Pagi tadi nasik lemak dengan timun juga. Jangan la dinner nanti kena makan timun lagi dik gara2 tak sempat masak sayur. Jemu dah ummi dengan timun. Hihi..

P/s:ada anak kecil ni mana sempat je lah. Janji ada benda nak makan, pakaian bercuci dan bergosok cukup la kot. 

P/s2: dia dah pandai kirai kain ummi yg dah siap berlipat😥
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM ni kira lengkaplah tu. Ada sambal bilis, timun dan telur. Kalau saya kata nasi lemak tak cukup syarat, dah tentu-tentu nasi lemak dengan sambal aje. Yang 'side dish' memang takdalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...