Tuesday, August 4, 2015

Papan Pemotong Sayur-Perlukah?

Assalamualaikum..

Papan pemotong/papan pencincang. Setiap rumah pasti ada satu benda ni kan?

Nak cincang daging, nak potong ayam jadi kecil2, nak hiris bawang.. Ops ni nak cerita bab hiris. Bagi yang dah pro kat dapur ramai yang hiris bawang atau cili tak guna papan pemotong pun. Malah menghiris kacang panjang tanpa menggunakan papan pemotong dikita 'lulus' bagi mak-mak menilai kerja anak dara mereka. Bagi anak dara atau mak dara yang hiris kacang panjang guna papan tu kira kantoi tak mahir kononnya. 

Lama juga LM gigih belajar menghiris tanpa papan masa zaman kecik2 dulu. Pernah guna papan sorok2 tapi tetap kantoi dgn mak dia boleh tau hasil kerja pakan papan atau tidak. Rupa dia lain okey!

Tapi kan.. 
Kalau nak cepat memang LM duk berdiri tepi sinki hiris bawang cili malas nak guna papan pemotong. Tapi.. Awas ye.. Kalau tak hati-hati, hiris sayur terus jadi tragedi berdarah. 

LM terkena aritu. Kepala serabut apit mengamuk kat dapur kes baru bangun tido. Acha pula mengamuk dalam bilik baru terlelap dekat maghrib dikejut suruh mandi. Sedang berdiri tepi kuali nak masak hiris tomato terus hiris jari. Zapppp!

Mak aii pedih !bisa!!

Pisau tu LM dah asah dua tiga hari sebelumnya, nak guna asah lagi konon nak bagi lagi cepat buat kerja bila tajam. Tup tup 'senjata makan tuan'

Nak salah kan siap?
Biar lah buat kerja tu lebih teratur guna papan pemotong ala-ala rancangan memasak duk susun bahan berpiring2 dari zap zap zap tepi kuali terus terhiris jari.

Pengajaran untuk diri sendirik.. Dah tua2 ni terhiris jari tu sakit la juga. Nak-nak bukan boleh  balut jari tu kejap nak maghrib kejap nak isya'. Berbalut pun terkena pancuran air terus berdenyut. Biasanya dah berbalut tak terasa bisanya. Salah pisau ke apa ni?


www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya kalau malas nak membasuh guna cara tu la..malas nak pakai papan tu..heheh..tapi tak semua benda la tak pakai papan..ada juga bahan2 yang nak potong kena jugak pakai papan pemotong tu macam ikan ke,ayam ke,..potong daging atau pun lengkuas...heheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya tak pakar. Tetap guna papan pemotong kalau nak potong apa sekali pun. Lagi satu kacang panjang. Kalau saya tak guna papan pemotong rasa lain macam. Saya cuma boleh makan kacang panjang kalau betul-betul halus hirisannya. Kalau tidak, jangan haraplah saya nak merasa.

Kira saya pun tak mahir jugalah ni. Semua pun nak guna pemotong. Terhiris jari walaupun sikit aje sakit tau. Baru terhiris dek kertas A4 pun dah meraung, inikan pulak terhiris dengan pisau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...