Thursday, August 20, 2015

Pisang

Assalamualaikum..


Pisang..
Tak kira pisang jenis apa anak-anak syurga di rumah ni semua suka pisang termasuk la LM. 

Kalau nak goreng biasanya pisang nipah atau pisang abu jadi pilihan. Suka juga pisang tanduk atau pisang tanduk. Tapi.. LM suka pisang yang benar-benar masak untuk digoreng, kalau pisang nangka ni yang mengkal tu agak masam, tu yang LM kurang gemar. 

Tapi.. 
Bila encik suami bawa balik dari kebun pisang nangka ni terus terdetik hati nak buat pisang rebus santan yang macam arwah moyang selalu hidang untuk kami zaman kecik-kecik dulu. 

Apa nama dia ye? Entah la.. Janji ada kami ngap saja masa tu. 



Rupa macam pengat pisang tapi bukan tau!

Hanya dimasak dengan santan pekat dan garam saja. Lemak-lemak manis rasanya. Santan pun bukan banyak berkuah macam pengat pisang tu.

Alhamdulillah anak-anak suka. Berjaya perkenalkan makanan kampung zaman ummi kecik2 dulu. 

Apa nama masakan ni? Tak tau sampai sekarang.. Letih nak menjawab soalan si anak bila ummi sendiri tak tau apa nama menu ini. Hehehe

Nota kaki: suatu hari nanti bercadang nak buatkan mereka sarapan dengan pisang kukus/rebus keledek rebus, ubi rebus dan sedikit pulut  yang dimakan bersama sedikit kelapa parut yang digaram dan digula sedikit. Biasanya di hotel-hotel di terengganu rajin hidangkan juadah zaman silap ni untuk sarapan pagi. Andai kita tak perkenalkan pada generasi baru hilang lah makanan ni nanti ditelan zaman. 


www.tips-fb.com

7 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya pernah buat kat rumah ni tapi yg makan saya sorang je.. hero hero saya lagi suka makan pisang gitu je.. saya suka ni.. kalau bulan puasa memang mak saya suka sediakan desert gini utk buka puasa..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Oh... kakak tahu dish ini tapi pun tak tahu nama
Kami org kampung memanglah dedulu selalu arwah mak buat utk kami.
Sedap kan buat macam ini:)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya lagilah tak tahu apa namanya, LM. Ini baru kali pertama nampak. Saya ingat tadi pun pengat pisang. Kalau pengat pisang tu saya sukalah. Saya bab pisang goreng ni suka pisang tanduk. Pisang abu pun best juga. Tapi saya tak makan pisang mentah tu. Anak-anak dan suami sukalah makanya stok pisang memang sentiasa ada di rumah!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak. tetiba terliur tengoknya huwaaaaa nak kena cari pisang la jugak besok ni

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Untung la anak2 nak makan benda2 makan gini..kalau anak saya memang kami laki bini je kena makan sampai kembung perut.tambah si adik.memula dia makan,tengok kakak tak mau makan dia ikut sekali tak mau makan..

ejulz said...Reply To This Comment

terliur tgk.. macam sedap je.. hehe

ejulz said...Reply To This Comment


Entry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...