Wednesday, August 5, 2015

Ragam Anak-Anak.

Assalamualaikum..

Punya ramai anak selain membahagiakan hati kita perlu bersedia untuk hadapi sebarang kesulitan atau sebarang masalah yang tak dijangka.

Anak dah sekolah ni cabarannya lain pula berbanding anak kecil yang hanya berada di depan mata.

Semalam...

Kisah 1.
Si kakak sulung call dari pejabat sekolah bagitau hari ni ada program untuk upsr. Minta ummi dtg hantar duit belanja sebab duit hanya tinggal rm1. 

Pagi tadi dah tanya ada koko ke tak, katanya takda. Dia pun tak ambik duit lebih macam hari-hari rabu biasa. Tup tup ada program dia dah tak cukup duit la pulak?

Walau bawa bekal makanan dia tetap perlukan duit untuk beli makanan waktu petang . Hai la anak.. Duit yang ada tu dia beli apa pulak time rehat pagi tadi? Grrrr

Ummi janji suruh dia tunggu kat tempat tunggu bas nak hulur duit. Leceh pula tak tau program dia di mana nak cari dia dgn baby ariz dan syafiq lagi.. Huhu

Tapi, janji pukul 2.05/2.10 sampai 2.30 dia tak muncul2. Mana nak cari? Ulang alik dua dua pintu sekolah dia tetap takda. Akhirnya ummi balik je sebab baby dah merengek. Kalau baby meniarap dalam baby seat lagi ummi naik panik.

Kisah 2.

Si kakak kecik, dah digesa suruh cepat makan, mandi dan solat sebab ummi perlu cepat nak hantar duit kat kakak.. Dah la pukul 1.30 baru bas dia sampai. Tup-tup masuk je kereta air kotak yang dia tengah minum tu tumpah membasahi baju dan tudung dia. Air milo pula tu!

Kena masuk rumah semula tukar baju dan tudung sedangkan dah angkut baby dan syafiq ke dalam kereta. Sobss

Mujur dah ada baju yang dah siap gosok. Hai la anak.. Saja je kan? Ketap2 bibir ummi tahan geram.

Persoalannya:si kakak ni tak keluar sebab lupa ke atau tak dibenarkan keluar? Mustahil tak dibenarkan sebab dia sesi pagi dan dah tamat pun sesi pagi. 

Moga jadi pengajaran buat dia agar sentiasa bawa duit lebih agar tak jadi kes sebegini.

Perlu kah bagi si kakak handphone? Terasa payah nak contact dia bila dia takda handphone. Huhu

P/s:si kakak bersekolah rendah. 12 tahun, dan handphone yang dimaksudkan tu bukan lah yang canggih. Ala2 handphone 'cap kambing 'je. Asal boleh call bila kecemasan dah la.

P/s2: sakit dada berdebar2 bila berkejar ke sana sini memandu dgn baby. Paling benci memandu bila ada baby. Takut sangat2 sebenarnya. Takut terjadi apa2 risau keselamatan anak2. Paling ngeri bila baby mengamuk siap meniarap atas kerusi tu atau menangis takmo henti:(

Setakat ni sekali je la sedang drive baby ariz meniarap. Mujur sekolah syafiq dekat je, kalau tak, ummi pun sama nanges kot?
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memang peninglah, LM. Baru dua anak pun saya dah pening kalau ada 5 anak macam LM ni tak tahulah macamana kalutnya saya. Saya pulak jenis penakut. Takut itu ini. Kalau anak telefon cakap sikit aje, saya yang susah hati lebih. Kalau berjanji dah tentu saya nak kena sampai awal dari waktunya. Bila tengok anak takda, dah tentu saya susah hati. Mujurlah anak saya dua aje. Pitamnya macam ada anak 10 tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...