Friday, August 7, 2015

Raya 2015

Assalamualaikum

Tahun 2015.. 
Raya tahun ni giliran raya di johor terlebih dahulu. Macam biasa sistem giliran diguna pakai sejak tahun pertama perkahwinan lagi. Ikut perjanjian lepas zuhur kemas-kemas terus balik kampung satu lagi. Begitulah rutin tiap tahun. Hari pertama dapat merasa beraya di kedua belah keluarga..

Best ke raya kampung sendiri? Ops kampung ke? Takpelah, walau ayah bonda duduk rumah taman tetap rasa kampung. Daerah  LM tu kecik je, suasana kampung masih terasa. Selagi ada ketupat terasalah kampungnya di hati LM. Ehehe..

Di sebabkan anak4 sekolah hingga hari selasa, maka kami gerak balik selasa malam rabu tu. tapi disebabkan ada beberapa hal, kami tak jadi gerak pukul 10 lebih malam. Kononnya lepas si kakak habis tuisyen terus gerak. Tapi kami gerak jam 12.30 am. 

Mengantuk? Jalan yang sepi buat mata bos besar mengantuk ditambah hujan dan kesejukan awal pagi. Taubat takmo balik lewat camni lagi. Syukur selamat sampai juga akhirnya.

Sampai sana jam 3.30 am lebih kurang setelah beberapa kali bos besar stop tepi jalan sebab tak tahan ngantuk. Sampai je terus cari kedai untuk bersahur. Mengantuk punya pasal LM tido je dalam kereta. Bos besar je turun dengan si abang. Untuk kami dibungkus saja. Sia air bagai.. Ye lah nak balik rumah kosong kan.. Ops rumah kami tu kami jadikan homestay. Raya-raya ni pun ada yang nak booking tapi maaflah tuan rumah nak balik beraya .

Sampai rumah terus letak baby dan bersahur. Lelaju sahur sebab dah tak tahan ngantuk sangat.

Siangnya baru hantar anak-anak ke rumah bonda. Rumah kami dekat je,4-5 minit sampai la. setaman katanya, fasa je lain-lain. Sejak berhijrah ke qatar memang kami tak sewakan rumah tu. lebih selesa balik sesekali tidur situ imbas kenangan silam. Hehe. Sejak setahun lalu baru sedia nak jadikan homestay tu pun banyak geram dari hepi. Ada yang mencuri toto, curi towel tu biasa, curi bantal. Sudu yang belum pakai pun dicuri. Macam2 hal.. Tapi takpelah, dah bukan rezeki..nak angkut semua pinggan mangkuk tak tau mana nak letak pula nanti. Jumpa padang mahsyar sajalah kes curi tu nanti.

Rabu..
Macam biasa ulang alik ke bandar tak habis2.. Asik ulang alik rumah bonda kejap cabut buai baby balik rumah ki, malam lepak situ..cabut lagi buaian.. Haish takda kerja ke apa? Ekeke

Khamis..
Pagi2 bonda dah call suruh beli daun kelapa sebab semua tempat dia cari dah habis. Kejap pastu call pula kata dah ada. Rupanya dia sambar je yang dah siap anyam 50 sebiji. Tu pun ada 50 biji je katanya. Di bandar orang jual rm1 sebijik. Erkk mahalnya???

Dah menyibuk kan diri tolong siang daging la itu ini terus mengelat ke bandar lagi. Bonda dah halau suruh beli cepat apa yang kurang dah lunyai nanti takdanya nak ke bandar . Hehe.. I gi umah bonda mana ada bawa baju. Tu lah yang hiris daging, tu lah yang dibawa ronda ke bandar. Kikiki..

Esok nak raya arini baru nak cakap eh gelang si kakak dah ketat, bg si adik je dan gelang adik yg putus tu jual dan tambah duit beli utk kakak nak?

Mulalah kata eh rantai ni cam dah nak putus la ada tajam2.. Dasar cam anak mami betul tau!!

Mujur bos besar layankan aje. Takde bising jem ke kaya ke. Jalan cam siput pun dia okey je. Haha siap urus kisah gelang anak2 tu dah lega la. ye la merantau kan..mana i tau mana nak beli atau repair rantai semua tu kan?alasan terbaik boleh beri..

Makanya.. Lepas tu balik pula ke rumah bonda, pastu balik lagi rumah kami nak angkat kain la sidai kain la ntah apa2.. Siap bawa baju anak2 yg dah siap gosok untuk pagi raya agar tak susahkan mak sedara dorang kena gosok baju anak2 buah tu. Macam biasa berbuka di rumah bonda, dah nak tido baru balik rumah. 

1 syawal..

Satu ni je gambar yg manis untuk ditayang. Tu pun adik tag ambik guna hp. Yg dalam camera gedabak cam biasa tak transfer lagi. Hehe

Kami 4 beradik dgn ayah bonda. Adik lelaki bertafakur di spital tgu isterinya dah masuk kat labour room. Dapat anak sedara syawal okeh!!

Lepas makan berkejar pula membungkus untuk atok.. Simpan lauk dari jiran.. Kemas itu ini. Macam lipas kudung nak cepat sebab adik dah merayu2 minta stokin isterinya dah kesejukan dalam labour room. Kesiannya.. Ye lah LM pun bawa byk stokin masa nk bersalin dulu. Sejuk giler dalam LB tu.

Pas ketupat rendang bagai tu kat adik suruh dia makan. Walau isteri dah 6cm cool je dia boleh telan ketupat. Kikiki.. Kalau LM, laki tinggal je 6cm tu naik balik tgk baby dah kluar dah. Sempat pas vco suruh dia sumbat mulut adik ipar sorok2 takut x blh mkn minum dah. Kesian sgt sbb jln dia lambat sgt buka. Lepas tu kami gerak ke rumah atok.


Tak lama tu dapat tau dah bersalin. Syukur ..tak lama pun. 



Sempat merakam gambar kenangan beramai2 masa di rumah atok. Gembira atok dikelilingi cicit2 nya. Walau tak lama mana di situ dapat juga bersalaman bermaafan dgn atok dan bapa saudara di sana. 

Ops abaikan si kecik yg dah tak berbaju tu. panas sampai merengek2...last2 ummi bukakkam je lah baju tu. nenda dan semua mak sedara bergilir2 berdiri dukung dia duk tepi kipas. Tak berani dorang nak gerak jauh dari kipas tu... Hihi siannya baby Ariz.. Maaf sayang, ummi tau awak tak selesa. Eczema buat awak resah perit pedih tak terkata. 

Tuan tanah mana? Abaikan lah segala bantal, wet tissue, kasut baby bagai yang di kepit tu.. Sobsss

Anak2 ni merengek mengamuk juga sebab tak dapat lawat makngah dan baby di hospital. Tapi nak buat camne.. Kenalah balik kg ayahnya pula . Nak balik rumah kemas beg , kemas rumah.. Mujur kami kemas, tak perlu bonda kemas lagi sebab kebetulan rezeki raya.. Sampai saja di kampung bos besar Ada orang call nak sewa homestay pada dua syawal. 

Sampai negeri sembilan pun tak habis syafiq mengamuk nak tgk baby pakngah dia. Puas ayah dia pujuk. Teruja sgt nk
Jumpa sepupu. Sepupu kedua katanya..

Letih beraya jauh perjalanan yang membuatkan diri lembik semacam. Longlai sangat rasa badan . Raya ...owh raya. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Walau letih, panas berkerjaran dgn sibuk mengemas itu-ini, tapi berjumpa mak-ayah dan keluarga sendiri semua jadi terapi bahagia terasa di hati kan..

Dpt sepupu baby baru teruja sangat sampai menangis nak tengok ye - kesian..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, LM lima beradik rupanya! Riang ria dan kelam-kabutlah menyambut raya dengan persiapannya lagi, dengan adik ipar nak bersalin lagi. Tapi takpa, yang penting dapat berkumpul dengan keluarga. Kalut macamana pun janji hati gembira, sudah cukup ^_^

Sayakan LM memang selalu elakkan travel malam dan selepas tengah malam. Mata ni tak tahan. HD tu tak kisah, spesies tak mengantuk kalau memandu tapi saya tak boleh kalau suami memandu saya tidur. Saya takut suami speeding ikut suka hati dia jerk sebab takda co-pilot nak membebel!

Pernah aje HD memandu balik hari dari KL ke Penang ke Kedah pastu sampai KL sambung ke Johor pulak. Sampai aje rumah, tak ingat dunia dah dia tidur macam malam tu 24jam sehari je gamaknya, takda siang!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Tema biru nampaknya korang.. banyak berbaju biru tu.. wah.macam2 pengalaman hari raya ya.. syok baca pasal balik beraya ada rumah sendiri... paling meriah sebab dapat anak buah baru la ya..eh samalah kita ni baby, aunty ni pun lahir malam raya kedua aidilfitri.. mak cakap masa hari raya pertama dh rasa lain, tapi tak sakit apa, mak makan je macam biasa dan g beraya..bila tidur malam tu mula rasa lain macam, dan saya ni satu satunya anak yang mak saya lahirkan mudah sangat. Tak sempat panggil nenek, bidan ke htr hosp jauh sekali, mak saya terjaga kul 3 pagi rasa sakit perut, bgtahu ayah suruh panggilkan nenek yang rumahnya sebelah je, masa tu tak sempat ayah saya ketuk rumah nenek dah pun selamat keluar baby.. haha.. kelakar bunyinya tp saya cakap dgn mak, patutla saya ni baik2 je sb bersalin pun senang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...