Monday, August 10, 2015

Rendang Ayam Chef Hanieliza

Assalamualaikum..

Baca tajuk je pasti dah tau LM buat rendang guna resepi chef mana kan? 

Haaaa sebab selalu sangat kat facebook tu nampak chef hanieliza duk cerita pasal buku resepi terbaru beliau ni maka hati ni pun melonjak-lonjak nak sambar senaskah buku resepi ni.

Alhamdulillah hari ni berjaya juga buatkan rendang ayam permintaan syafiq ni. Dah beberapa hari dia minta rendang ayam ni. LM masak ahad lepas masa bonda datang ke rumah kami. Syafiq makan bertambah-tambah.. Suka benar dia dengan rendang ayam ni.


Ni yang LM buat tadi.. Tu pun dah pukul 12 kot baru nak merendang. Huru hara sikit hari ni akibat baby tak merengek dan ummi pun lemau semacam.



Haaa tu dia bukti LM dah beli buku resepi chef hanieliza. Bukan sekadar omongan kosong je ye!

Harga asal rm42.90.. Tapi ada OFFER sekarang ni dengan harga rm 39.90 saja tau. 

Sejak kawen masak main campak-campak je tak sukat. First time ni tau masak ikut resepi. Nyumsss terbukti sangat sedap. 

Tq chef hanieliza sediakan resepi yang lazat, mudah dan sangat sesuai untuk orang yang tak berapa nak reti memasak macam LM ni.. Hehehe

P/s: lewat petang ni baby ariz demam.. Huhu. 

-Tak tau la dia memang dah tak sihat dari pagi ke 

Atau

- dia demam sebab kena cucuk lima bulan masa jumaat lepas ke.. 

Atau..

- dia kena gerimis  masa ambik abg apit dia dari sekolah tadi. Tapi LM tutup kepala dia dengan kain lampin:(

Doakan baby cepat sembuh ye.. Dan doakan lutut LM cepat sembuh. Nak bangun duduk sakit sangat ni

www.tips-fb.com

4 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

maybe demam sebab cucuk tu

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Tu lah ayah dia pun ckp gitu gak. Sedih pula tgk dia diam je demam

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Pandai apit mitak rendang ya.. mujur ada umi yang rajin..terus dapat makan apa yg diminta tu..

moga Ariz cepat sembuh ya..demam nk dapat kepandaiana baru kot tu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nasib baik katanya mak yang masak campak baling takda sukatan ni rajin. Dapat juga merasa rendang ayam ikut resepi (kali pertama ke ni LM ikut resepi~_^) Saya ni dari minggu lepas teringin nak merendang tapi malasnya alahai... Dah spesies malas memang tak boleh buat apalah. Nasib badan kaulah, labu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...