Tuesday, August 18, 2015

Resepi Ayam Pandan

Assalamualaikum..

Petang tadi projek membungkus ayam pandan dengan daun pandan kecik dan pendek hehee. Maaf la tekak ku meragam nak makan ayam pandan tapi daun pandan takda, terpaksa 'curi' daun pandan dari kebun incek suami .. Wahaha





Tu dia dah siap goreng. Nak resepi?

Ni rssepi hantam kromo ikut citarasa tekak manja LM tau..

Ayam dipotong kecil
-ikut la korang nak pakai dada ayam atau yang ada tulang. LM suka bahagian tulang. Tapi jenuh la nak mencucuknya payah sikit.

Satu biji bawang besar
3 biji bawang merah
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
5 ulas bawang putih
11/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
5 sudu besar cili kisar

Gaul semua dengan ayam dan balut ayam dengan daun pandan. Perap kan dan goreng. 

- boleh campur jintan ketumbar semua tu jika nak rasa berempah. Percubaan pertama ni LM nak makan yang rasa camni je... 

- sila guna daun pandan yang panjang dan lebar dan balut ayam ikut cara yang diajar di youtube. Daun LM pendek so LM lilit lebih kurang je la..

Kesimpulannya..
Baunya wangi, makan panas-panas memang nikmat. Rasanya juicy.. Tak kering macam ayam goreng biasa. Lain kali nak buat lagi!!! Hehe

Nota kaki: dengan rendah hati LM merayu kepada pembaca budiman andainya sudi mendoakan keselamatan ayahnda LM yang akan menjalani pembedahan pada minggu hadapan untuk membuang tumor dia kepalanya yang tumbuh bahagian antara dia mata. Moga pembedahan yang mengambil masa sekurang2 nya 6 jam itu berjalan lancar. Amin
www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak cm mana ayah akak? kira doakan moga semua selamat dan baik2 hendaknya amin amin

sukaaaaaa ayam pandan jugak. tapi mak budak pemalas kerja rumit macam ummi uwais ni payahhhhh hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Semoga pembedahan ayahanda LM tu berjalan lancar. InsyaAllah takda apa-apa. jangan bimbang sangat ya. Doa banyak-banyak pada Allah. Kita berusaha aje.

Ayam pandan ni jaranglah saya 'order' kalau makan di restoran. Buatnya pun memang tak pernahlah LM. Tapi kan sekarang ni terasa sangat-sangat macam banyak betul makanan yang tak pernah buat di rumah. Asal nak buat aje, itu ini takda padahal kalau tak nak buat apa-apa semua pun ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...