Saturday, August 22, 2015

Roti Sarang Lebah Yang Sangat Lembut

Assalamualaikum...

Roti.. Makanan kegemaran anak-anak di rumah ni. Malas nak komen sangat bila ramai yang tegur tak elok bagi anak kerap makan roti. Kami berenam makan kat rumah ni, sah-sah la cepat habis roti kalau buat satu adunan tu. 

Mereka yang berkata tu tak makan roti gardenia, high five tu ke? Ke.. Duk telan mee goreng, nasik goreng maggie tiap hari. Tu lagi bahaya kot?

Tinggalkan kisah orang yang duk mengata kita yang suka makan roti ni. Mari sini nak tayang antara roti kegemaran kami dan kerap dapat tempahan..

Roti sarang lebah yang LM tabur almond nip, sikit parutan keju dan siram dengan sos butterscotch.



Pertama kali jumpa roti sarang lebah ni masa di doha dulu. Tapi dalamnya mereka letak cheese dan atas tu tabur bijan dan curah honey. Mereka tabur juga sedikit zafran. Perghh kalau pagi sabtu tu kami lah antara pelanggan pertama menanti roti mereka masak. Sedap!! 

Time tu tak reti buat roti . Buat la juga tapi keras macam biskut. Ehehe..

Ada hikmah ilmu yang Allah beri ni. Kalau rindu roti di qatar tu boleh buat sendiri. Alhamdulillah.. Eh, tapi sebab sekarang ni fenomena roti sarang lebah versi butterscotch melanda maka anak2 mula minat roti yang ini. Sesekali kalau ada stok keju baju LM sumbat keju. Keju pun bukan semua jenis sesuai di masukkan. 

Sejak bila LM suka makan roti pun tak tau la. tapi memang LM suka makan roti panas2@ roti segar/baru. Fresh from oven katanya.. Kalau dah lama tu kurang suka. Sebab tu dulu gigih duk tunggu van roti tin tin tin lalu depan rumah semata2 nak beli roti kacang panas2. Nyumsss sedapnya..
www.tips-fb.com

9 comments:

Puan Wawa said...Reply To This Comment

Sedapnya LM.. Untung pandai buat sendiri, wawa pernah jugak blajar tpi tk pernah lg try.. Nak cri stok bhn2, punya laa tak dan..

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Lamanya akak tak ke sini.

Anonymous said...Reply To This Comment

Anak2 org arab mkn roti tiap hari ok je... hihi -syariena

Gimi said...Reply To This Comment

nampak mengoda je roti yang akak buat... kenapa tak digalakkan bagi makan roti?

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

lama tak makan roti sarang lebah ni..

ruslanafiq said...Reply To This Comment

cari mood nak buat roti.. lepas belajar peram

Azira Abu Bakar said...Reply To This Comment

Wahhh cantiknya kejadian...
Dah pernah buat roti tapi x menjadi..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun baru berkenan makan roti sarang lebah ni, LM. Masa orang sibuk bercerita, takdalah pulak saya teringin. Itu pun termakan, terus teringin selalu. Tapi faham sajalah orang macam saya ni bukan rajin nak masuk dapur. Kalau nak tu, kenalah cari. Nak suruh membuatnya, 1001 alasan nanti saya beri *_*

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira pun belum mahir lagi buat roti. roti keras lagi. tapi makan tu alhamdulilah boleh lagi. cuma tu la teringin nak makan roti sendiri yang lembut gebu tu haaaaa

tapi kena tak elok bagi anak makan roti selalu kak? takut gemok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...