Saturday, August 8, 2015

Sabtu Yang Padat.

Assalamualaikum...

Sabtu..
Seperti biasa pagi-pagi sediakan sarapan dan bekalan untuk si kakak nak ke kelas tuisyen. Lepas tu bersiap-siap nak ke jamuan raya tadi Syafiq.  Sambil bersiap tu LM kembangkan bubur untuk buat bubur ayam buat tetamu istimewa kami. Tak tau nak hidang kan apa memandangkan stok lauk pun tak sempat top up dan kalut dengan baby ariz lagi..

Siap saja masak bubur terus gerak ke jamuan hari raya . Duduk lebih kurang terus angkat kaki. Membawa haluan ke seri kembangan pula misi mencari kasut sekolah si kakak dan adik. Dah uzur sangat kasut sekolah mereka. Mencari tiles pula untuk tambahan . Projek penambahbaikan rumah belum selesai berulang alik ke kedai simen, beli pasir beli tiles tu jadi rutin bos besar sejak aritu. 

Kami belum sampai rumah tetamu dah sampai. Berdebar2 la juga dada ni. Mujur dia menanti dalam 5 minit kalau tak malu betul dengan dia dan suaminya. Siapa dia? Blogger hebat.. Sahabat alam maya antara yang terapat dengan LM sejak zaman berblog masa di qatar lagi. Dia antara blogger yang menggegarkan rumah LM lepas sebulan LM berhijrah pulang ke tanah air dulu. Bila hampir 10 orang sahabat blogger berkampung di rumah yang ala kadar.. Memang terharu masa tu. sorang sahabat baik tu sanggup tidur rumah kami lagi tu.. Memang terharu. Masa tu rumah memang ala kadar. Rumah sewa yang lapang takda perabut sangat, cuma ada sofa je yang kami beli di sini, barang dari doha masih dalam kontena lagi. 

Walau kini dah makin busy, jarang berblog dan masing-masing busy dengan urusan sendiri tapi syukur mereka masih sudi carik 'kakak comot' mereka ni(gelaran akak comot tu sunah sakura yang bagi). Comot tu atas sket dari comel katanya.hahaha.. Lama2 lekat gelaran akk comot tu.

Dua jam berbual sakan, tu pun mizi suami iffah dah tak larat nak ajak iffah angkat kaki dah, kami borak macam tak jumpa noktah. Tak reti berhenti dah..

Lepas iffah balik konon nak ke kajang tapi tak mampu nak pergi atas faktor jarak dan waktu. Takut masa terbazir di atas jalan raya pula memandangkan si kakak perlu buat banyak perkara yang lebih penting. 

Jam 3 petang memenuhi undangan di kejiranan kami. Tapi LM tak biasa dan tak pernah berbual dengan tuan rumah . Tadi pun sempat salam tegur sapa je sebab tuan rumah kam busy hidang makanan dan layan tetamu. Ramai juga cikgu2 syafiq di situ, ada la kawan berborak LM di sana. 

Mujur hari ni panas berdenting, kain yang disidai jam dua petang kering juga. Hati ingin nak keluar.. Tp ke mana ye? Rasa nak makan2, bagi anak berlari2.. Main sana sini. Hurmmmm


www.tips-fb.com

2 comments:

Miss Sasu said...Reply To This Comment

jenjalan sini..



http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2015/08/tips-kurus-selepas-raya.html

Mummydearie said...Reply To This Comment

Selalu mengomen di alam maya tetiba berjumpa di alam nyata, haruslah takda titik noktah berborak, LM. Rajin juga LM ni melayan tetamu. Kira puas hatilah Sabtu tu walaupun padat dengan aktiviti. Yang penting hati gembira dan puas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...