Monday, August 17, 2015

Sempurna Tidak Semestinya Menjadi Kunci Kebahagiaan.

Assalamualaikum..

Ingin LM kongsikan satu kisah tentang kesempurnaan dan kebahagiaan.

Kisah ni panjang dan AWAS bagi insan yang suka komen tanpa membaca. Ini juga bukan kisah LM. Moga bermanfaat buat kita semua.

Kisahnya begini:
Seorang isteri yang mempunyai anak 6. Punyai sifat pelupa yang amat teruk. Kerap menghilangkan pelbagai barang penting hingga memerlukan dirinya punyai dua-tiga kunci pendua yang perlu disorok di sekitar luar rumahnya. 

Katanya mungkin dia jadi pelupa ditahap kritikal disebabkan suaminya adalah guru agama yang mengajar anak-anak di rumah. Secara tidak langsung pastinya dia juga terlibat. Mungkin juga punyai anak seramai enam orang buat dirinya jadi pelupa sebegitu rupa walau pun hakikatnya dia sedar sikap pelupa itu sudah dihidap sewaktu dia belum berkahwin dan punyai anak lagi.

Kehilanan kunci kereta, terlupa mengambil barang yang diletak di atas kereta, terlupa menutup tingkap ketika hujan lebat, kehilangan barang2 di rumah, kehilangan dompet, tiket kapal terbang dan pelbagai lagi. Katanya dia dapat menyorokkan sifat pelupanya itu dari mata umum dan tidak perlu gusar mencari kerana benda tersebut biasanya akan dijumpai sendiri apabila dia berhenti mencari. Walau pernah dia menjumpai barang yang hilang tiga tahun kemudian. Jumpa juga kan? Katanya.. Hehe

Suatu hari dia terasa ada sesuatu yang hilang. Apabila difikirkan apa yang hilang dia baru tersedar rupanya dia kehilangan sesuatu yang berharga iaitu 'kebahagiaan'.

Puas dicari kebahagiaan itu. Dia bersiar-siar di petang hari sambil menolak kereta sorong babynya yang berusia enam bulan. Dia juga cuba berjumpa doktor, beriadah dan pelbagai cara lagi tetap tidak menemui kebahagiaan. Akhirnya, dia menemui kebahagiaan dia semula apabila terbaca satu ayat al quran di dalam buku agama sambil meriba baby enam bulannya di kerusi malas. Tatkala tangan bayi mengusap-usap lehernya dia merasa sangat indah dan bahagia itu datang kembali.

Setelah itu dia mendapat kebahagiaannya kembali. Dia tidak memaksa anak-anak mengikuti sukan di sekolah andai itu memberi tekanan buat anak2 nya. Rumahnya juga TIDAK PERLU berkeadaan sentiasa bersih dan sempurna setiap masa . Kesimpulannya dia lebih mengendahkan perkara kecil kerana ada perkara yang lebih penting dan bermakna dari situ. Sedikit demi sedikit kembahagiaannya mula kembali.

Termenung membaca pengakuan wanita ini. Kesempurnaan..kadang kala kita terlalu mengejar kesempurnaan hingga diri tak terurus, hati kacau bilau. Sesekali apa salahnya biar rumah lintang pukang agar anak bahagia main segala permainan mereka.

Sesekali biarlah pensil warna berteraburan agar anak gembira bermain dengan warna

Sesekali biarlah lantai kotor dengan warna air agar anak tahu mencorak di kanvasnya.

Biarlah kertas kecil berteraburan hasil lukisan dan contengan anak2 agar minda mereka berkembang. 

Bahagia itu bukan datang hanya dengan kesempurnaan tetapi ia juga dapat hadir dengan beberapa perkara kecil yang mungkin kita tidak endahkan selama ini. Wallahua'lam.







www.tips-fb.com

6 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

betul tu.. kadang2 di saat nak mencapai kebhagiaan tiba2 hilang camtu je..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kan??saya rasa kita terlelu memikirkan tentang pandangan orang berbanding kehendak sendiri..rumah tak boleh bersepah sebab malu orang tengok,anak kena join aktiviti sukan sekolah sebab anak jiran aktif sukan,padahal dalam diri sebenar kita semua tu tak de pun tak pe..Tapi sebab nak orang pandang ,kita buat jugak sampai badan jadi letih,masa rehat tak de anak pun jadi rimas dalam kita tak sedar..mana nak datang bahagia..

sebab tu saya selalu pesan kat orang , kalau nak datang umah bagitau dulu sebab umah macam tongkang pecah..hahah..

tapi ada jugak yang tak paham,datang mengejut lepas tu balik mengumpat pulak,umah saya bersepah dengan barang mainan anak2.tak selesa nak duduk..dah la datang tak di jemput ,mengata orang pulak..heheh

safurara said...Reply To This Comment

Betul tu kan.bukan lah mtk jd pengotor.tp berserdehanalah.kannn

Puan Wawa said...Reply To This Comment

kritikalnya die lupa.. Betul tu, mungkin sebab die terlalu fikirkn tentg sikapnya yg pelupa, sehingga terabai detik2 indah bersama fmaily.

walau apa pun, syukur itu indah..")

Kira Sakura said...Reply To This Comment

setuju sangat. sebab tu kira pernah post dulu. biar rumah berselerak. biar ummi terpaksa kemas banyak kali. asal minda anak yang tengah berkembang dapat berkembang selayaknya. kalau nak berkemas aje, sentuh itu tak boleh sentuh ini kena marah bila masa nak berkembangnya otak budak tu. sekian luahan hati :p

Mummydearie said...Reply To This Comment

Teruk juga ya sifat pelupa si ibu tu. Saya ni sekarang kerap juga didatangi sifat lupa ni tapi takdalah seteruk yang LM ceritakan. Kadang-kadang kita jadi stress tak menentu. Kalau saya nak sembunyikan sesuatu dari anak-anak atas sebab-sebab tertentu, saya terlalu terfikir apa nasibnya selepas saya sembunyikan sesuatu barang tu saya diserang penyakit lupa. Macamanalah saya nak ingat apa yang saya sembunyikan dan mengapa. Mahu pecah kepala dok memikirkan benda yang kita lupa.

Saya ni memang tak suka rumah berselerak dan suka buat sesuatu ikut kepala saya. Jadinya memang anak-anak kena ikut kata saya. Tapi adakalanya saya benarkan juga mereka berjimba-raya kat rumah tu. Malangnya dek kerana dah tahu perangai Mommy mereka ni, takdalah mereka jadi teruja sangat nak buat sesuatu yang boleh menyebabkan Mommy 'marah'. Kesian anak-anak saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...