Thursday, August 27, 2015

Sesekali Bagi Kelonggaran Pada Anak-Anak

Assalamualaikum...

Kadang kala jika undang-undang di rumah amat ketat pun anak-anak akan memberontak kan? Disiplin perlu ada tapi sesekali apa lah salahnya jika kita bagi kelonggaran pada anak-anak. 

Khamis..

Anak-anak yang bersekolah pada sesi pagi akan pulang lewat dari biasa . Tu jadualnya maka terpaksalah redha. Bila balik lambat pasti terburu-buru. Time tu lah nak makan, nak mandi dan solat.

Jika hari biasa anak- anak di sampai di rumah dalam pukul 1.10-1.40 tengah hari. Tapi bila khamis pasti mereka akan sampai jam 1.45-2.00 petang pun pernah. Nak ke sekolah agama biasanya pukul 2.00 petang LM dah hantar. Walau sesi pembelajaran mula 2.30 tapi ayah mereka dah masukkan kelas mengaji buat mereka. Tu yang kena ngaji dulu sebelum belajar. Boleh je ngaji time rehat tapi LM lebih suka time rehat mereka main atau makan bersantai tak perlu mengaji time tu. 

Dah balik lewat camne?
Biasanya, jam 2.00 petang kalau lambat mereka bersiap LM akan terus masuk kereta dan start enjin. Paling marah jika lambat sebab tak berdisiplin. Dengan ummi pun kena patuhi masa. Biar dah dewasa esok tak la jenis suka 'janji melayu'

Balik sekolah wajib mandi tukar baju. Tapi bila khamis ni kelonggaran diberi sikit buat mereka. Tak perlu mandi.. Supaya boleh makan dengan aman tak la sampai tercekik-cekik. Perlu tukar pakaian saja lepas makan terus solat. Kalau biasa jam 2.00 dah masuk kereta tapi khamis LM akan hantar 2.10-2.15 petang. Masih sempat nak mengaji atau boleh la mereka mengaji time rehat nanti jika tak sempat.

Nak tegas sangat pun tak boleh juga. Kena tengok jadual anak tu. persekolahan dan pembelajaran mereka dah cukup membebankan tak sama macam kita dulu-dulu. Sesekali biarlah anak-anak ni diberi kelonggaran.

Kelonggaran.. Bukan cuma pada cerita anak LM yang balik lewat tiap khamis. Tapi dalam pelbagai sudut. Andai kata tiap hari anak perlu bangun awal apa salahnya jika tiap ahad(hari cuti) kita bagi mereka sambung tido selepas subuh. Sesekali.. Apa salahnya. 

Kita yang dah dewasa ni pun sesekali ada mood malas melanda. Ada mood takmo masak, ada rasa malasnya nak bangun buat sarapan jom la kita makan di kedai. Ada rasa eh malasnya nak cuci baju, nanti la kot...

Sesekali kelonggaran dalam hidup tu amat perlu. Bukan bererti kita tak berdisiplin tapi membolehkan kita benar-benar menikmati 'nikmat' hidup sebenar

Nota kaki: terima kasih mendoakan ayahnda LM. Syukur ayah dah boleh makan bubur dan minum. masih di icu lagi. Harapnya petang ni jika paru2 ayah okey dapatlah dia berpidah di wad biasa


www.tips-fb.com

5 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

betul..takut diaorang penat pulak..anak saya pun sama jugak..tapi untung nya kelas agama mula jam 3.sampai rumah jam 1.30..memang panjang masa tu...dapat la dia rehat lama sikit..

ejulz said...Reply To This Comment

selalu gak tgk anak buah ejulz.. pagi nak g sekolah demam, x pegi sekolah. petang sihat pulak.. hehe.. mcm2 karenah.. hehe.. kdg2 risau gak tgh karenah anak buah ejulz ni.. tapi x selalu la dia camtu.. tp alhamdulillah dlm kls top3 setakat ni..

ejulz said...Reply To This Comment


Saya join GA ni jugak "Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com"

antara entry terkini 1. "Nak Promote Bisnes Rakan.."
2. "Nak tolong promote bisnes rakan blogger jap.."





masuri24 said...Reply To This Comment

Tengok budak budak sekolah kita jadi letih sebenarnya..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kesian saya tengok anak-anak sekarang ni, LM. Kecil-kecil lagi dah terbeban dengan tanggungjawab. Bagus tu bagus tapi alahai tak sampai hatilah. Macam LM kata, kita yang dewasa ni pun ada masanya timbul rasa MALAS. Apalagi budak-budak. Saya ni sebab hujung minggu adakalanya teringin nak bangun lewat; lepas solat tidur balik makanya kalau anak bangun lewat sikit hujung minggu tu saya pejam mata ajelah! Mommy yang mengajar anak-anaknya jalan bengkok, kenalah tanggung akibat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...