Wednesday, August 26, 2015

Setelah 9 Jam 30 Minit Penantian

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pembedahan membuang tumor ayahnda telah selesai. Setelah menanti 9 jam 30 minit(5:30pm)akhirnya ayahnda dibawa keluar dari OT dan ditolak ke icu.

Lega..
Bayangkan adik beradik dan bonda menanti di sana berkumpul dengan penuh harapan bersama-sama tapi LM sendirian menanti perkhabaran di sini. 

Dengan baby ariz yang menangis tak kena gaya. Diberi susu meronta2, menangis tak boleh di pujuk. Hampir jam 6 petang ni baru dia reda . 

Hati bagai nak pecah menahan sebak, risau.. Ditambah pula dengan tiba2 baby meragam. Padahal baby ariz sangatlah payah nak menangis apatah lagi bak meragam. Dia cuma sesekali buat hal takmo tido tapi tak menangis. Buntu dibuatnya tadi

Mungkin ayahnda akan ditempatkan di icu selama dua hari untuk pemantauan. Sekarang ni dia masih mamai dan tak boleh bergerak dan bercakap. Bila bergerak je dia akan muntah.

Pembedahan membuang tumor tu doktor lakukan melalui lubang hidung. Agak parah juga kalau dibelah ikut dahi kata doktor.

Terima kasih atas doa kalian tadi. 

Harap sangat mata yang kabur tu akan pulih kembali walau ada pendapat mengatakan tidak boleh pulih. namun tetap mengharapkan keajaiban dari Allah. Amin. 
www.tips-fb.com

4 comments:

ummi_khalish said...Reply To This Comment

alhamdulillah..smoga ayah smbuh kembali...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

InsyaAllah akan disembuhkan, kita sama2 berdoa dan berharap utk kesembuhan ayah LM.... sekurangnya dah ada di ICU dalam keadaan mcm tu dah cukup menggembirakan...hilang debar di dada kesan tunggu lama

masuri24 said...Reply To This Comment

Alhamdullilah..
Moga diberi kesembuhan kepada ayahanda LM

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Dah selesai pembedahan yang dirisaukan seisi keluarga tu. Harapnya lepas ni ayahanda LM akan beransur sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...