Tuesday, August 25, 2015

Solid Food -Puree Apple.

Assalamualaikum..

Antara menu baby Ariz adalah puree apple. Biasanya baby Ariz tak berapa suka makan apple merah mungkin dia tak suka manis. Biasanya bila buat puree apple merah LM akan campurkan sebiji epal merah dengan 1/2 biji epal hijau. Dengan cara tersebut takla manis sangat puree tu dan laje saja baby Ariz makan.

Tengah hari tadi buka peti sejuk tengok ada beberapa biji apple.Uik? Bila incek suami top up stok buah? Errr memang tak tau.. 

Disebabkan apple tu tak manis sangat, LM tak campur dengan apple hijau.

Bahan:
1 biji apple merah.

Cara:
Buangkan kulit dan potong kecil. Kukus buah hingga lembut. Kisar halus dan sedia untuk di makan.

Biasanya sebiji apple tu boleh la baby ariz makan dalam sehari-dua hari. Tengok saiz la juga. Simpan dalam tupperware puree boleh tahan dalam tiga hari. LM tak frozenkan pun sebab LM bukan kerja pun.


Tu dia.. Dah siap hidang untuk baby Ariz.

Sekali makan dalam satu sudu besar je. LM tak suap banyak pun kat budak bambam tu. kecik lagi baru 6 bulan kan.., makan sikit dah memadai. 

Nota kaki: nenda dia dah bising suruh bagi biskut . Aduhai..malasnya nak buat sekut baby. Baca resepi kena pakai tepung yang buat capati tu ke apa ntah. Lupa dah... Nak buat sikit tapi kena eli sekampit tepung, tu yang malas tu.
www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

nanti email alamat akak dekat kira. nak bagi something ;)
syakira.yaakub@gmail.com

uwais memang paling suka epal. puree epal ni kalau bagi laju je makan tak sama kalau bagi buah lain. epal hari2 wajib. cuma kadang pagi kadang tengahari bila dia dh byk makan dulu tu

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

Sedap nampaknya hihi tah2 nanti saye yg suap lebih.

Baby lagi beberapa weeks nak masuk 6 bulan dah n boleh makan yayy.

Semangat mak dia ni kumpul resepi2 puree.

samalah, nenek dia, onyang dia dah suruh buat bubur, buat biskut. Nanti tggu beso skit. Guna tepung atta kot ye sis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...