Friday, August 21, 2015

Solid Food-Puree Carrot Campur Apple

Assalamualaikum...

Pagi ni agak slow sikit. Badan terasa lemah semacam. Lepas putar baju tadi terlelap sekejap selepas abang apit ke sekolah. Laju-laju bangun siapkan nasi goreng kampung untuk sarapan incek suami dan puree untuk baby Ariz.


Ni dia puree carrot campur apple untuk baby ariz. baby ariz hari ni dah 5bulan 4 minggu kalau ikut kalender . Maka marilah kita menyuap baby ariz makan agar dia tak la lemah longlai sebab dia kan ligat dah mula nak belajar berdiri. Haish geram kalau bab sebut dia melasak tu. grrr

Resepi?
Takda resepi sangat pun, cuma sebatang carrot australia tu di buang kulit, potong kecil di kukus bersama epal yang juga dah siap buang kulit . Bila dah lembut boleh la dikisar halus. 

Boleh ditambah dengan susu ibu sebelum diberi baby makan. 
'Ummi ni sengal ke apa? Mulut oren saya pun ummi nak snap gambar ke?'  Dah berkerut dahi menahan mata ngantuk tu. 

Siap je makan tak sampai seminit terus lelap bila masuk buai. 

Bagi air tak lepas baby makan?
-disebabkan LM menyusukan baby ariz sepenuhnya LM tak bagi air masak pun lepas dia makan. Lepas makan LM bagi dia menyusu.. Tu je lah. Dalam susu ibu kan dah cukup air untuk baby.. Tapi make sure para ibu ambil air secukupnya tau!

Tata..

Nota kaki: rasa macam nak buat biskut baby homemade la untuk baby ariz. nanti kita fikir camne..


www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Itu dia sebelum dpt solid food pun dah gebu ni kalau dapat sebulan aje makan mahu gebu-gebaslah jadinya:)

Anak kakak dulu memang setiap lepas menyusu/makan mesti bilas air masak dan terus jadi kebiasaan sampai dah anak dara..

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

bambam comel like ibu dia jugak

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

alolo..comel je.. dah kekenyangan terus lelap ekk..
betul tu, bf mom bagi susu ibu je lepas anak makan .. sebab susu ibu mengandungi 80% air.. :))

Mummydearie said...Reply To This Comment

Barulah boleh maintain gebu lepas dapat makan! Ish, rasa nak cubit-cubit pipi dia. Anak-anak saya ni kalau saya gomol, memang kena cubit. Tapi kalau anak orang cakap ajelah, nak cubit takut emaknya marah ~_^

Kira Sakura said...Reply To This Comment

makin hantap la budak sorang ni lepas ni. makin membulat la dia hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...