Thursday, August 27, 2015

Solid Food-Puree Epal Campur Lai

Assalamualaikum..

Resah dan gelisah menanti khabar berita ayahnda di dalam bilik bedah selama 9 jam 30 minit semalam buat LM lupa bagi baby ariz makan. Maafkan ummi sayang.. Sungguh, memang ummi terlupa. Patutlah baby merengek je. Patut la sua susu dia meronta-ronga, minta makan rupanya.

Dah malam baru sempat buat makanan dia.. 

LM buatkan puree epal merah campur buah lai. Sebenarnya teragak-agak juga nak letai lai sebab tekstur nya kasar berbanding pear(pear warna hijau ye kawan2. Ada yang keliru kata lai yang kuning tu pear)

LM lebih suka pear tapi dah ada stok lai ayahnda baby ariz belikan LM taram sajalah..



Terkejut sangat, baby ariz makan dengan penuh selera. Sedap kot ? Dah habis tu dia tenung je mangkuk kosong tu. siap capai sudu lagi. Kesian punya pasal LM tambah sikit lagi suap kat dia. 

Walau pada mata ummi puree ni nampak kesat sebab buah lai tu kasar tapi laju je baby ariz makan.

Bahan:
1 biji epal merah
1 biji buah lai( kuning ye~)

Cara:
Kupas kulitnya dan kukus. Sejukkan dan kisar halus. Boleh tambah susu ibu jika mahu. LM tak tambah pun.

Nota kaki: simpan dalam tupperware dapat bertahan selama tiga hari. Biasanya kalau buah tu kecil tahan dua hari je baby ariz makan. Kalau buah besar LM asingkan masuk freezer untuk dibekukan separuh dan selebihnya untuk dia makan sehari dua .


www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Macam inilah baby yg bagus senang nak bagi makan LM.

Moga ayahanda cepat sembuh hendaknya. Kesian..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aunty lagi suka pear, Baby Ariz ^_^

Wah, baguslah macam ni berselera baby makan! Lagi cepat membesar, lagi geram tengok ketembamannya nanti. Bolehlah join group Bubbly Abang ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...