Friday, August 7, 2015

Suntikan Lima Bulan

Salam...

Pagi ni baru sempat nak bawa baby Ariz pergi ambik suntikan untuk lima bulan. Sepatutnya sabtu minggu lepas tapi keliru pula tengok tarikh tu jatuh pada hari sabtu. Ingatkan doktor salah tulis tarikh. Rupanya klinik tetap buka tapi doktor lain yang ganti..

Alhamdulillah walau sedikit kalut pukul 9 baru gerak dari rumah sempat juga selesai sebelum si abang balik dari sekolah agama.

7.2kg..lima bulan setengah. Naik sikit saja, tak macam masa terlentang tak buat kerja dulu naik berdezupp badan ketak-ketak. Dah lasak ni berat pun segan-segan nak naik. Takpe lah , janji sihat. Esok2 dah makan harap dapatlah membantu menambah berat badan dengan baik . Ummi sedaya upaya telan apa saja demi berat baby naik . Tapi apa kan daya naik sikit je. Memang dah nampak pipi dan betis susut. Dah agak berat mesti naik sikit je..

Syukur baby Ariz tak nangis masa kena cucuk. Merengek sikit terkejut masa jarum masuk lepas tu buat muka blur terus sambung senyum pada doktor dan tiga orang nurse. 

Harap tak demam..

Balik terus menyusu dan tido. Bangun tido mula buat kerja semula. Menonggeng2 kejap duduk ke kanan kejap ke kiri..



Alhamdulillah 
Doktor kata pipi macam kentang. Hik hik .. Kentang ? Doktor lupa dulu baby Sriz lagi bambam.. Hati ummi sedih tengok baby ariz cepat susut. Mungkin baby ariz nak jadi cam kak acha dia masa kecik2 comel je kot? Tak kurus kering dan tak bambam sangat. Takat ada ketak2 sikit serta pipi montel . Tu je..


www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Good boy tak nangis masa cucuk kan.. ai Ariz ni makin comel tu.. kejap je rasanya.. dah makin lasak nanti agaknya lagi payah berat nak naik.. nazif statik 9 kg lebih dr umo 1 hingga 2 tahun... doc kata asalkan dia makan dan aktif ok la.. ni dah lepas 2 dan ke tiga tahun baru naik jadi 11kg.. legala takla nampak kecik sgt..

Haha.. kali pertama saya dgr pipi mcm kentang ni LM... comel sangat tu nampaknya

al - lavendari said...Reply To This Comment

patutlah berat badan Pak Ngah makin naik .. asyik terlentang shj.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baby kalau berketak-ketak dengan pipi melayut, memanglah comel. Bila dah besar sikit macam anak-anak saya tu barulah takut kalau terlebih sado. Janji naik beratnya LM. Okeylah orang tak mengata ~_^ Kalau tidak nanti ada pulak yang kata kita tak pandai jaga anak, tak bagi anak makan. Keh3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...