Monday, August 17, 2015

Tiga Pagi

Assalamualaikum...

Tiga pagi. 
Bangun tahajjud ke LM?
Ops ni bukan kisah tahajjud. Ni kisah adik bambam baby Ariz yang buat hal takmo tido malam tadi. 

Kejap bergolek isap jari kaki, kejap menonggeng, kejap sujud, kejap isap ibu jari tangan .. Memang dia tak menangis tapi mulut dia riuh 'ok ekk okkk ekk'. Mata bulat takda gaya nak tido. Bagi susu pun takda tanda nak tido.

Sebab dah geram sangat ummi sumbat dia dalam buaian. Memula dia protes juga keraskan badan. Marah la kot? Lelama lena juga. 6.30 pagi baru ummi angkat dia letak kat katil baby. Rasa nak geget2 pipi tu tau!

Jam berbunyi 5.30 am ummi buat-buat tak dengar. Sobsss. Tapi perlu kejut akak abang dan sediakan bekalan mereka. Hurmm dugaan betul..

Kata si ayah, biar jelah dia. Bukan menangis pun. Bukan jatuh pun elok je duk atas katil dia tu. tapi.. Selagi dia tak pejam mata ummi risau la.. Dah la dia tu dah mula berpaut kat sana sini gaya nak berdiri je. Buatnya terhantuk kepala camne? 

Ummi dah gaya zombi hari ni. Ngantuk weh! Tak pernah2 baby Ariz buat perangai takmo tido camni.


www.tips-fb.com

5 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

pernah masa adli umur 4 bulan. dia tak nak tidur.jam 6.30 baru tidur. umienya dha pening kepala dah.jadinya cuti jelah hari tu

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kadang tu bila dah puas tidur itu yg dia jaga tapi tak menangis. Kalau tak puas tidur menangis. Ini tak sajalah nak suruh umi tahajjud hihi...

safurara said...Reply To This Comment

Huaaa.dah lama x rasa mcm niii.nt dh ada baby.mata panda lg lahhh

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hihihihihi alhamdulilah uwais tak pernah buat hal malam2 kalau tidak haru ummi nak pegi kerja dengan mata mengantuk ;D

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak-anak saya dulu pun tidur dalam buaian. Mak saya kata, susah ke senang nak ke mana-mana, biar anak tidur dalam buai. Angkut pi mana-mana pun buai tu. So saya akurlah. Dah jadi sedap anak-anak nak tidur berbuai. Bila naik kereta, siap kena siapkan bantal satu letak kat riba dan dodoi mereka. Aduhai...

Eh, terbuka cerita pasal tidur dalam buaian pulak padahal orang cerita lain ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...