Thursday, August 13, 2015

Tips Menjimatkan Pencuci Pinggan

Assalamualaikum..

Cuci pinggan? Tak minat?
Bila dah jadi tanggung jawab minat atau tidak wajib kita buat dengan sempurna . Betul tak?

Berapa kerap anda membeli pencuci pinggan mangkuk? 
LM guna cosway(bukan nak iklan ye😉)tahan lebih dua bulan sebotol. Sehari memasak 3-4 kali.. Kadang2 lebih. Kami berenam dalam rumah ni yang guna cawan dan pinggan mangkuk.

Berbalik kepada berjimat. Tak kira brand apa kita guna kenalah betul cara penggunaannya.

LM biasa perhatikan ramai orang
1.rendam pencuci pinggan jenis paste dan terus guna dari mangkuk tu..

Kesilapannya:
Amatlah membazir. Paste akan mengembang dan sabun akan cepat habis. Paste tu akan bertepek-tepek dan menyukarkan proses membilas. Penggunaan air semasa mencuci juga pasti akan meningkat. 

-bukan saja membazir sabun, air juga terbazir akibat buih dan sabun yang berlebihan

2.pencuci jenis cecair
-tuang pencuci pinggan ke span dan terus mencuci. 

Kesalahan:
Amatlah membazir.. Dengan setitis pencuci tu berapa biji pinggan saja yang kalian boleh cuci? Maka.. Tidak hairanlah sebotol pencuci pinggan hanya bertahan seminggu atau dua minggu sahaja . Betul tak?

Penyelesaian:

1.Apa kata tak kira paste atau cecair kita bancuh dulu sebelum guna. Ia amat membantu dalam usaha untuk berjimat. 

2.cuci cawan terlebih dahulu, kemudian baru cuci sudu, garfu, pinggan mangkuk dan akhir sekali baru cuci kuali atau periuk yang bermingak agak cawan yang tidak berminyak tidak berbau kari dadi air sabun . 

Pastikan asing sisa makanan terlebih dahulu sebelum mencuci pinggan mangkuk agar kerja mencuci menjadi lebih cepat dan berkesan. 

Nota pengarang: jimat bukan sebab kita tak dapat BR1M ke.. Gst ke.. Tapi sebab membazir itu amat ditegah dalam islam.

Moga bermanfaat.


www.tips-fb.com

5 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...Reply To This Comment

yup.. good tips.. takkan nak beli pencuci pinggan mangkuk tiap-tiap minggu kan.. ^_^

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

kita suka pakai paste kak...sebab buih lagi banyak... XD

kalau kita pakai cecair, cepat aje abisss...mungkin sebab JOY tak berkualiti seperti yang diperkatakan..haha

Amanda Suria said...Reply To This Comment

Hehehe..SA suka jer cuci pinggan...suka main air...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira buat mcm tu jugak. bancuh dulu baru basuh. basuh cawan dlu last sekali baru kuali

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, pencuci pinggan mangkuk Cosway tu tahan 2 bulan ya, LM?

Saya suka pencuci cecair. Biasanya saya picit masuk dalam bekas, masukkan air dan perah-perah span tu biar banyak berbuih barulah hati gembira nak mencuci pinggan mangkuk.

Biasa pun saya buat macam LM dulu. Cuci gelas, cawan dan mug. Lepas tu cuci pinggan mangkuk yang tak berapa kotor. Barulah cuci pinggan mangkuk yang ada sisa makanan. Of course sisanya buang siap-siap nanti mengundang sinki tersumbat pulak. Last sekali barulah periuk belanga.

Tapikan saya ni bab basuh baju, cuci pinggan mangkuk, lipat pakaian, gosok pakaian memang saya suka. Bab menghias rumah tu kurang sebab saya tak kreatif. Bab masak pun kira so-solah, antara task yang berada di tangga terbawah ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...