Monday, August 3, 2015

Ubah Jadual

Assalamualaikum...

Masa berlalu terlalu pantas, baby Ariz makin membesar, makin minta perhatian dan wajib diperhatikan setiap saat bila dia berjaga sebab tiap detik dia dalam bahaya sejak dia belajar duduk ni.

Bila-bila masa je dia akan tersembam ke depan atau terbalik ke belakang. Nak buat kerja apa pun tahap 'TAK BOLEH' dah sekarang bila dia tak tidur.

Makanya.. 
Memang LM kena tukar jadual harian. Tak boleh dah nak mula cuci pakaian time siang kalau berniat nak pakaian tu kering pada hari yang sama terutama sekarang ni musim hujan di kawasan LM.

Pakaian yang gelap-gelap LM akan cuci time malam. Sebelum tidur wajib sidai agar tak berbau kurang enak walau dah pakai pewangi pakaian(tak kuasa nak promot nama pelembut ke pewangi ke kan?)

Pakaian putih akan direndam malam sebelum tidur. Kalau sempat berus dulu kalau tak sempat itu esok punya kisah.. Kui kui kui

Memandangkan baby Ariz memang nak main je kerjanya, tidur memang la sangat kurang, maka stok pasta atau mee wajib ada agar boleh di masak untuk anak2 yang nak ke sekolah tengah hari dan untuk lunch bagi anak yang sekolah sesi pagi sebelum ke sekolah agama. Wajib siap masak sebelum jam 11 sebab bas akan tiba jam 12 tengah hari.

Dulu...
Gosok pakaian time dah nak tidur atau lepas suami balik dari masjid tapi sekarang tak boleh sebab dah terkena baby Ariz merengek nak ummi sampai tak sempat gosok baju sekolah. Kena gosok pagi jam 5.30 sambil berkejar siapkan bekal dan sarapan. Huwaaaa tobat mak! 

Maka.. Sebab takut sangat kes camtu berulang jika ada masa siang baby tidur kejap terus LM gosok baju sekolah dan baju melayu untuk suami ke masjid. Benda yang wajib kenalah buat dulu.. Yang lain boleh dikemudiankan.

Dulu.. Pukul 12 malam tak masuk bilik lagi, sekarang 10 lebih dah ada atas katil. Kekeke.. Letih oi.. Macam berlari jarak jauh je rasanya. Betis sampai berdenyut2 lenguh tak tentu pasal.

Sampaikan.." Mak tanya anak2 , rumah awak memang tido awal ke? "Hahaha

Tetamu pun hairan bila kita ajak dia tido awal. 

Baby Ariz ni memang buat ummi punya jadual bertukar 360 darjah la kan? Hihihi.. Takpe dik, ni zaman adik berpeluk berguling main cium2, gomol2 dgn ummi. Esok dah besar tak boleh nak camni lagi, dah sibuk ke sekolah dah busy ke pusat tuisyen macam abg kakak yang besar tu. sobsss

Busy?
Takpelah.. Busy pun hepi layan kerenah anak2. Takmo pikir apa dah, yang penting kerja ummi beres dan anak2 hepi. Cukup la


www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau musim hujan ni bab pakaian lambat kering yang paling ngeri nak fikir. Saya kalau bolehkan, pagi sidai pakaian, by 11 am dah boleh angkat :) Itu kira happy sangatlah!

Ada anak kecil memang jadual waktu kena anjak ke hulu ke hilir sikit. Kalau tidak, memang susah nak buat kerja ikut rutin biasa. Saya yang bekerja ni pun rasa tak cukup nafas kalau balik rumah. Tapi bila baca kisah kawan-kawan, alahai...senang banyak rupanya kerja kita berbanding orang lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...