Tuesday, September 15, 2015

Belajar Berdiri-Baby Ariz

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baby ariz dah 6 bln 3 minggu . Dah belajar makan, malah boleh dikatakan sangat suka makan. Suka mengecek apa yang orang lain makan walau dia tahu takkan dapat punya.. Ehehe

Dia dah belajar berdiri sejak beberapa minggu lepas. Sobss lupa dah nak update bila dia mula berdiri. Hari ni dia dah acah-acah lepas tangan..

Mak aii jangan la lepas tangan dik. Kalau jatuh benjol dahi tu . Ngeri ummi:(

Makin lasak, tuhan je la yang tahu camne ummi terkejar2 nak masak, nak menyidai kain, nak menyental baju sekolah abang kakak.. Sobss. 

Anak yang lain dulu bambam sangat, tak la buat kerja secepat baby ariz. mungkin baby ariz ni badan dah ringan tu yang kemain lagi nak buat kerja cepat2, nak lari cepat2 kot? 

Apa pun.. Tak kisah pun cepat ke lambat jalan, asal sihat dan sempurna takda cacat cela dah cukup syukur. Ada anak cakap lambat tapi awal jalan. Cam si kakak sulung jalan setahun tiga bulan tapi awal bercakap. Si abang nmbr dua jalan 11 bulan tapi lambat bercakap. Dua tahun lebih baru boleh buat ayat, dia cuma cakap mi( ummi) , nak, shu( susu) sikit2 je.. Memang takda buat ayat. Bila pandai cakap je terus sekolah dan pindah arab.. Huhu.. 

Tak kira anak ke berapa pun kita memang teruja melihat berkembangan anak2. Anak dah besar pun kita teruja juga. Macam syafiq... Dia ni pelat sangat. So bila sekarang ni dia dah mula sebut dengan betul sangat lah teruja ummi dia ni. Kononnya berkesan lah nutrien minda yang diberi tu atas usaha dan izin Allah si anak dah tak pelat. Ecehh ummi ni memang sentiasa teruja. Suruh si kakak hafal syarat wajib haji dan umrah pun ummi yang teruja sampai kering-kering tekak duk jerit. Aduhaii ummi.. 


www.tips-fb.com

1 comments:

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

salam perkenalan daripada follower #3422

Jom folo saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...