Thursday, September 3, 2015

Bila Baby Selesema

Assalamualaikum..

Dah dua malam tak dapat lena dengan aman. Si kecik ni takmau tidur. Bila dah lelap tengah-tengah malam dia menangis. Letih memujuk bagi susu bagai tak boleh juga:(

Apa masalah ni dik? Buntu ummi.. Dakap erat2 ke dada ummi baru dia berhenti menangis. Terus susukan dan sumbat dalam buai.(paksa tido) Fuhh lega.. Dapat juga lelap mata dalam sejam sebelum masuk 'opis'. 

Lepas je ummi solat subuh dia pun bangun. Elok main macam takda masalah apa-apa. Takda rupa mengantuk ke apa. Ish budak ni.

Bila peluk dia terdengar bunyi lain macam. Laaaa hidung dia tersunbat rupanya. Patutlah dah dua malam dia menangis. Mujur dia tak nangis kuat. Takat merengek2 tu je. Baby ariz ni jarang sangat menangis , kalau terjatuh atau terhantuk kuat je la dia menangis. Cukup susu cukup tidur dia okey je .

Lepas abang apit ke sekolah, dia duduk depan tv ummi dah perasan hidung dia mula meleleh. 

Dah meleleh tu sah la sakit kepala. Kita yang tua ni pun kalau selsema rasa nak telan orang . Ye tak?

Ayah gi opis je terus ummi tidokan dia. Tak bagi makan pun sebab ayah dah suap pisang sementara ummi siapkan air ayah tadi. 


Pipi dah mula labuh sket . Hari tu nampak susut sangat akibat melasak ke sana sini. Start bagi makan ni nampak la sikit pipi dia tu montel semula. 

Nak harap bambam sangat pun tak kot.. Susu ummi ni ibarat mengais je .. Macam dah kurang je nampaknya. Harap susu ummi mampu bekalkan segala khasiat buat babya ariz sampai dua tahun. Takmo bagi fm la kononnya. Tapi bila tengok susu makin kurang ni hati dah runsing sangat dah. Moga Allah perkenankan niat ummi tu.. Amin

-baby ariz
-6bln 1 mgu
-dah merangkak
-baru pandai berdiri
-belum ada gigi
-fully bf


www.tips-fb.com

4 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

comelnya airiz...tembam...
semoga cepat sembuh dri flu ye baby

Puan Wawa said...Reply To This Comment

Utk hentikan selsema baby ariz, ummi blh makan vita c n bf banyak2.. Cepat kering selesema baby..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ala.kesian..selsema pulak..kalau tak demam tak pe..kalau pam masuk botol dia nak kot..ada budak yang dia sibuk nak buat keja tu yang sampai lupa nak menyusu..

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

hope baby cpt sembuh...
bila la aunty nk jmpe die ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...