Tuesday, September 29, 2015

Bila Hidangan Pelbagai Jenis

Assalamualaikum

Hari pertama sekolah dari cuti panjang memang mood nak buat bento ke laut la jawabnya. Kebetulan stok roti pun habis sebab dah buat pizza segera untuk mereka lunch semalam. Bangun pagi mula capai itu salah ini salah sebab takda idea nak masak apa untuk bento dan sarapan anak-anak

Akhirnya dapat idea buat pancake je. Makan dengan honey memang sedap!

Syukur sampai ke syafiq pun bawa bekal hari ni. 

Di sebabkan hanya menu pancake untuk sarapan maka LM lelaju rendam kacang dhal nak buat kuah lawan dengan roti paratha jenama KAWAN. Setakan ini brand ni je yang win kat tekak LM, sejak duk qatar memang beli brand ni

Bila incek suami balik dari pasar dia beli nasi lemak telur dan laksam. Memang la paratha cuma dijamah sikit saja. 

Si adik ad pula  dicutikan sekolah agama kerana PSRA bermula harini. Bila cuti masa untuk bersantap tu lama. Maka mulalah dia rambang mata. Nasi lemak ada 1/2 bungkus lagi lebih ummi, ada paratha, ada laksam.. Ada pancake juga. 

Bila dia tanya apa menu lunch sebelum dia ke sekolah kebangsaan terus LM bakarkan satay frozen lebih kenduri haritu. Haaa... Lambakan makanan sampai tak tau dia nak jamah apa. 

Tapi seperti biasa semua benda dia ngap. Pancake pun habis, laksam habis.. Satay pun dia telan. 

Takpelah, petang nantilah baru ummi masak. Plan nak masak ikan cermin goreng dengan labu masak lemak putih saja. Habiskan la satay yang dah melambak tu. LM defrost kan 50 batang tadi. Dalam freezer dah gaya tokey satay pun ada.. Huhu.. Walau mertua kata takpe nak makan baru bakar, boleh tahan lama tapi tetap serabut tengok banyak sangat stok satay frozen dalam 'peti ajaib' tu. ahaks..

Ummi tetap nak nasi. Silap-silap tengah hari ni tanak nasi juga.. Ehehe


www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

satay tu kalu goreng pun sedap LM..saya kalau ada lebih satay memang saya goreng..lagi anak2 dok pulun..hehhe

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Tu dia memacam yg ada....kalau akak malas dah nak masak bagai...hahaha...hari ni bekpes tadi pon akak buat pancake tetiba tekak teringin

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kan... kalau sehari tak nampak nasi, rasa macam gelap aje dunia ni. Itu sebab susah sikit saya nak berdiet katanya. Alasanlah memanjang...

Wah, kenduri hari tu ada sate rupanya! Takda rezeki saya anak beranaklah yerk, tak dapat menghadirkan diri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...