Tuesday, September 22, 2015

Bila Jarum Patah

Assalamualaikum

Pagi tadi LM masak nasi lemak untuk sarapan. Masih ada lagi makanya memang tak masak la untuk lunch walau dah keluarkan lauk konon nak masak tapi tak juga masaknya.. Haha

Bila baby diam mulalah sambung wayar , cucuk jarum dan menjahit itu ini kerja tertunggak entah berapa bulan tak dikerjakan.

Mulakan dengan menjahit seluar baju melayu incek Z, lepas tu jahit baju melayu dia yang terkoyak dibahagian tepi, jahit pula alas tilam yang kotak tepinya dikerjakan dek bibik dulu. Ada ke dia gi sidai kat pagar tepi rumah. Bila dia tarik terus la koyak tepinya. Tak sempat nak jahit baru hari ni sempat jahit.

Ngok betul. Padahal dah pesan 88 kali dah jangan sidai pakaian di tepi pagar. Kami laki bini memang pantang tau, tak suka menyidai kat pagar. Kami suka sidai di ampaian, tapi dia ni jenis degil tak dengar kata. Koyak dari atas sampai bawah lak tu. dah koyak tak bagi tau, buat bodoh je. Dia ingat murah ke apa alas tilam tu. cisss!!

Duk ralit menjahit.. Tup tup jarum mesin jahit patah. Mak aii mujur la proses menukar getahnya hampir siap. Jahit je la guna tangan. 

Kat sini manalah nak cari kedai jual jarum mesin. Terus call bonda minta dia belikan. Merungut la jugak tentang jarum patah tu. haha bonda suruh sabar, katanya bukan dia boleh terbang hantar ke sini pun. Ekeke dia tau anak dia ni memang tak suka kerja tertangguh. Geram tau.. Baru nak jahit sarung bantal baru untuk baby dah jadi terganggu. Huhhh

Nama je duk cam bandar, tapi kat mana nak cari jarum mesin jahit pun tak tau.. Huwaa


www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

akak ada banyak stok jarum mesin dik kalau dekat bleh gak hulur sebatang dua....kikiki...lain kali beli lebih2 buat stok...tengah ralit menjahit tetiba ada hal camni memang potong mood terus kan...

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Sentap terus tau kak. Geram sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...