Saturday, September 5, 2015

Bila Mood Malas Masak Melanda

Assalamualaikum..

Bila cuti memang mood malas tu sangat la tinggi tau. Pagi tadi cuma sediakan horlicks untuk kakak ke sekolah. Siap pesan nanti tapau je la nasik lemak ke apa kat tepi jalan tu untuk bekal..

Lepas menyidai baju baru terhegeh-hegeh tanya bos besar nak sarapan luar ke? Tau dah.. Dia dah kenyang sarapan dengan ustaz jemputan di masjid kuliah subuh tadi. Sebab takda jamuan mereka bawa ustaz minum di kedai je.

Maka pukul 9 lebih baru gigih nak ke kedai mencari roti canai sedap. Yihaaa orang berangan nak diet sibuk nak roti canai. Baru berangan okey.. Belum start diet pun.. Baby ariz masih menyusu, makan pun jamah2 je. Tak sesuai nak diet lagi.

Nom nom nom sedap wehh roti canai kedai melayu. Haaa kalah roti canai mamak. Balik tu mata dah layu, perut kenyang terus jadi malas. Incek z berkebun tanam itu ini, merumput bagai i tercongok jadi mando . Larat tanam serai 4 batang je la. ehehe.

Dah zuhur baru larat nak masak nasik. Baru la terhegeh-hegeh nak menggulai ayam tua campur kentang. Ala.. Kejap je kot sebab ayam dah siap rebus. Sekali rebus humban dalam pressure cooker dua ekor aritu . Nak masak tinggal campak je dalam periuk.

Bila malas, takda la sayur. Dah nak makan baru teringat nak petik ulam raja. Colek pula dengan sambal ayam penyet aritu. Perghh lupa kejap tentang lauk simple. Sedap gak.. Makan bertambah tak sedar diri makin bambam

Eh.. Petang ni makan lagi . Pedih perut la pulak baby asik menyusu. Sobsss

Malam ni? Lagi tambah kalori. Nak sambut birthday acha, sah la makan banyak.. Takkan la order salad pula kan., hehehe

LM ni kalau malas masak rasa cam.. Nak suruh je orang lain masakkan. Hehe., tak
Senonoh kan?


www.tips-fb.com

1 comments:

Aznin Taridi said...Reply To This Comment

Rasanya mood malas masak dtg mcm ombak. Macam saya, sekali dia mai, 2-3 hari ai tak masak u hahahah! Pakat beli je lah, atau kalau malas keluar, makan je lah roti selagi masih ada. Habis roti kita masak simple2 sangat mcm telur goreng mata hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...