Tuesday, September 15, 2015

Bila Sekolah Diarah Tutup Kerana Jerebu

Assalamualaikum


Pagi ni lambat sedar. 5.42 am baru sedar, dengan alarm jam berbunyi, alarm handphone, dan handphone pun berdering serentak. Kalut jap tak tau nak matikan yang mana dalam mamai-mamai tu.

Minta incek suami kejutkan anak untuk bersiap ke sekolah. Terus capai handphone tengok bonda yang cal pagi-pagi buta ni.

Apa hal?
Ayah sakit je?
Ada kecemasan ke?

Macam- macam perkara bermain diminda

"Assalamualaikum kaklong.. Sori ganggu awak pagi2  ni. Ayah kata sekolah cuti esok sebab jerebu. Risau awak tak tau kesian anak ke sekolah org takda. Bla bla bla.."

Haha.. Memang ank bonda ni tak tau pun. Terus jerit kat suami kata takyah siapkan anak sebab cuti. 

Fuhh lega! Dari semalam niat hati nak pontengkan anak hari ni sebab tengok teruk sangat jerebunya. Risau si kakak diserang asma. Mujurlah diarah tutup juga sekolah hari ni. Harapnya keadaan makin elok agar tak la kita semua ni terpaksa berkurung macam ikan sardin. Huhu

Setakat nak buang sampah, ampai baju.. Pun boleh buat kita pening tau.. Sangat pening duk kat luar tu:(


www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hari ni saya cutikan anak walaupun penang tak cuti..hahahah...kesian kat maisara..dah la dia mudah jatuh sakit..

mamawana said...Reply To This Comment

Assalam.

Sekolah cuti tapi makpak awal pagi berduyun2 hantar anak2 transit ker Taska Tadika mama bertugas. heeee... Meriah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...