Sunday, September 6, 2015

Cuti Oh Cuti

Assalamualaikum..

Cuti.. Weee seronoknya bila cuti. Boleh bermalas-malasan. Adat biasa setelah 5 hari penuh memasak pagi tengah hari petang dan malam juga kadang-kadang tu buat diri rasa aduhai malasnya nak masak time sabtu ahad tu.

Kalau ada tetamu istimewa( ayah bonda laaa sape lagi la yang sudi bertandang kat sini) baru la gigih memasak dengan lengkap ada lauk sayurnya di hari cuti. 

Macam semalam cuma masak gulai ayam campur kentang saja untuk lunch. Ulam raja colek dengan sambal ayam penyet. Malam dah makan kat luar raikan birthday acha. Sah la tak masak

Hari ni pula liat semacam nak buat sarapan. Leka intai incek z berkebun last2 anak-anak sarapan kek birthday acha saja.

Dah tengah hari baru ajak incek z ke pasar. Balik dah nak zuhur.. Mujur si kakak dah masakkan nasi, tak la kalut sangat. Masak yang paling simple.. Tomyam je la. kangkung digoreng belacan. Mudah sangat. Kikiki. 

Masak campak-campak memang sangat sedap di tekak mereka.. Tomyam tu boleh dikatakan habis. Sikit sangat bakinya. Maka.. Sebab dah letih berebut buat bubur jagung petang tadi debgan baby ariz, menu malam ni hanya tempe goreng dan daging kunyit campur cauliflower saja. Kuah tomyam ada la sikit lagi dengan isi dalam sesenduk tu boleh la buat basahkan nasi.. Ehehe

Anak laki tak komplen pun dah syukur. Makan simple-simple tiap hari dah cukup mengembirakan perut comel kami. Baby ariz makin lasak dah pandai mengutip pula ari ni. Lagi la LM bertambah busy. Lantai wajib bersih tanpa sebarang benda.. Huhu.

Anak dah belajar berdiri takut terjatuh. Dah mengutip, kita takut tercekik. Dah merangkak.. Dia cari ummi bergayut berdiri tepi kaki ummi kat sinki. Aduhai anak.. Ngeri tau!

Tepek gambar baby ariz sekeping. Nanti mama zakie kata ummi kedekut tak tunjuk gambar baby ariz. ehehe

Auntie MD mesti nak geget pipi eczema tu kan? Hari ni naik pula eczema dia. Banyak kat muka dan tangan. Ntah alah  apa pun tak tau..jerebu kot. Semalam gi dinner memang makan kat luar kedai


Tido dah.. Fuhh lega. Dapat cuci baju dan gosok baju sekolah pun jadi la. ops.. Kena makan, belum dinner lagi ni.


www.tips-fb.com

2 comments:

Puan Wawa said...Reply To This Comment

Betul tu, hari cuti rasa nak rest je kan..")

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

ala.... cumilnyer bby ariz tido.... nyenyak tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...