Wednesday, September 23, 2015

Hari Merendang- Esok Raya

Assalamualaikum...

Hari ni..
Tak boleh main-main. Tak boleh leka-leka. Hari ni kena buat rendang daging. Incek suami balik je dari pasar nanti kena terus merendang kot? Kalau lambat buat nanti lambat siap. Kot la baby Ariz meragam esok raya makan lempeng la kita!

Petang sikit baru goreng ayam untuk buat ayam masak merah. Lepas maghrib dah boleh buat sambal untuk ayam masak merah. Petang pun kena goreng kacang tanah untuk buat kuah kacang nanti. Malam pun wajib siapkan kuah kacang supaya rasanya sebati baru umphh makan esok hari. 

Kuah lodeh rasa macam malas nak buat sebab takut buat banyak sangat menu tak habis pula nanti. Dengan satay gorengnya.. Ayam masak merah, rendang daging  campur paru dan limpa. Tapi kalau rajin boleh je melodeh esok pagi. Kalau rajin laaa kan?

Tu pun pagi tadi lelaju buat kuah dhal untuk buat lawan roti canai anak-anak ni. Goreng 7 keping kejap je habisnya . Terbaik la roti canai segera jenama kawan. Sejak guna masa duk doha dulu sampai la sekarang, tetap paling sedap rasa dia.

Okey la.. Selamat menyambut aidil adha buat semua. Selamat pulang ke kampung bagi yang pulang.. LM tak pulang ke kampung tapi import ayah bonda bawa ke sini. Tengah malam nanti dorang sampai, pos naik keretapi. Ekeke( pos???)

Ayahnda baru lepas operation memang kami tak bagi sangat dia memandu. Takpelah... Ala2 umur senja la orang tua datang rumah anak-anak naik bas dan keretapi ayah dan bonda LM ni.. Ehehe. Padahal pencen pun belum. Sian ayah, harap selesa la perjalanan mereka nanti.

Okey jom kita mula kupas bawang!!


www.tips-fb.com

2 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

selamat hari raya LM

Malinda said...Reply To This Comment

meriahnye juadah raya LM...akak petang ni nak rebus ketupat dan rendang ayam je esok pagi2 barunak mengukus sikit pulut kuning....mungkin kalau dah sampai kampong nanti banyak jugak kot hidangan yg dah menanti...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...