Wednesday, September 30, 2015

Hilang Basikal

Assalamualaikum...

Kisah rumah dipecah perompak tahun lalu belum hilang traumanya dah ditambah pula kisah semalam. 

Entah bila hilangnya basikal adik ad pun kami tak perasan . Tau-tau bila dia nak ke masjid maghrib semalam dia cari basikal dia takda. Ingatkan kot la ada kat belakang rumah ke, mereka balik lepas isya' terus la kecoh mencari keliling rumah tak jumpa. 

Sebelum dia ke sekolah kebangsaan tengah hari tu elok je basikal tu dia parkir di sebelah motor ayah dia. Mungkin orang curi masa LM ambik syafiq . Masa ambik syafiq memang lama dalam 30 minit juga...

Sedihnya.. Tuan punya basikal terkebil-kebil tak terkata apa. Hilang dalam rumah sendiri, auto gate sentiasa bertutup, pagar kecil sentiasa bermangga. Mamg gigih la si penyamun panjat pagar usung basikal hulur atas pagar. 

Hurm.. Nampaknya putih mata la adik ad basikal hadiah birthday dari ayah hilang camtu je. Tiga rats lebih pun duit juga, bukan tiga puluh ringgit. Tambah break rm100 maka dekat rm500 nilai basikal adik ad tu. terus tak lena tidur malam tadi sebab memikir siapalah yang menceroboh masuk rumah dan mencuri basikal adik ad. Baru tak sampai sebulan beli dah hilang:(

Tolong doakan moga basikal tu dapat ditemui. Andai itu masih rezeki kami moga Allah kembalikan. Jika takda rezeki harapnya Allah gantikan dengan yang lebih baik. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

pencuri ada je caranya nak mencuri...hati2lah sekarang ni

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Ggggrrrrr.....geram kan rase nak je hempuk muka penyamun tu dengan baskel....rm500 bukan sikit....akak pon penah hilang set kosi besi kat depan rumah....penyamun sekarang ni berani hati2 ye dik....mintak2 jumpa la balik baskel tu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dah baca tentang entri jumpa balik basikal ni. Tapi saya betul tak faham. Hebatlah budak OKU tu angkut basikal keluar pagar. Jiran-jiran pun tak nampak kejadian ke, LM?

Macamana LM tau nak cari kat mana sedangkan budak OKU tu dah cat habis basikal Adik Ad ni? Nasib baik cam dan boleh jumpa. Kalau tidak, memang menangis tak berlagulah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...