Friday, September 18, 2015

Jerebu-Bila Seharian Hujan

Assalamualaikum..

Syukur hari ni nampak juga mentari walau dalam kabutnya jerebu. Semalam hujan turun seharian. Kain di jemuran tak kering.. Menimbun-nimbun kain lembab. Huh!

Ingatkan..
Bila hujan sesekali lebat, kejap gerimis, lepas tu lebat semula.. Dapatlah menghirup udara segar. Tapi lain pula jadinya. Bila keluar je terus terbau asap jerebu. Makin menusuk hidung lebih teruk berbanding cuaca kering dan panas.

Terus makin tambah berdenyut kepala yang sedia sakit dek kerana jerebu ni. Terima kasih la pihak sana ye sebab menyumbang jerebu, sakit tau kepala kita duk menghirup udara berdebu berjerebu sampai penuh lubang hidung ni dengan sisa 'timah'. Grrr

Haaa tu baru lubang hidung.. Kat paru-paru entah apa khabar? Haishh pihak sana tu memang suka cipta kisah jerebu tiap tahun kan? Huhh

Akibat bau jerebu, bau asap yang mencucuk lubang hidung, terus pening tak berkesudahan dan muntah- muntah sampai lewat petang semalam. 

Hurmm... Sakit tu kifarah. Tapi, bila sakit kesian la kat anak2 syurga ni. Lunch cuma makan sup kuey tiaw dan dinner makan nasi goreng cina saja. Tu saja yang mampu nak hidang untuk mereka.

Rasanya esok lusa ni nak angkut beberapa pokok bunga hidup ke dalam rumah. Moga segar sikit udara yang disedut. Sesak nafas dah ni. 

P/s: dalam jerebu makin parah ni ada juga insan2 yang masih membakar sampah sana sini secara terbuka. Takda kesedaran langsung la dorang ni. Kesian hidung, kesian paru-paru.. Tambah kesian kat bumi. Dah la makin uzur, makin tua.. Bertambah tenat la bumi kita ni. 


www.tips-fb.com

2 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Alhamdulilah.....walau jerebu masih sihat tak batuk mahu pun sesseme...Anak anak pun nampaknya ok....
Kena minum air banyak.....tp okje ni ckp jer kat org tp diri sendiri tak terminum jugak...

ejulz said...Reply To This Comment

masalahnya tempat punca jerebu x hujan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...