Saturday, September 12, 2015

Jerebu

Salam sabtu..

Indahnya perasaan bila tiba hari sabtu. Otak ni merencana nak ke sana atau sana.. Hehe

Tapi.. 
Bila keluar rumah petang semalam terkejut sangat tengok jerebu makin teruk. Dah macam duduk fraser hill tine pagi la pula.. Nampak macam berkabus

Patutlah tekak ni sakit sangat. Kepala berdenyut. Rupanya udara yang disedut tak bersih:(

Pagi ni.. Nak sarapan luar pun teragak-agak. Kena pilih restoran yang ada bilik bertutup. Risau kesihatan anak-anak pula terganggu. Biarlah ummi sorang yang merana tak sihat sebab dek jerebu ni. Bisa tulang gigil2 menahan sejuk dan sakit. Klinik? Dah ronda dua klinik semuanya penuh. Untung la klinik tu kan? Murah rezeki mereka ramai pesakit. Tak jadilah LM nak bawa baby ariz cucuk. LM telan panadol je la sebab bf baby bukan boleh telan sebarangan ubat pun. 

Sabtu ahad ni biasanya doktor ganti. Doktor jenis merepek je ramai. Selalu sangat kena. Memang tak berani nak hulur peha baby bagi mereka suntik. Manalah tau.. Nak jadi malang .. Biarlah bagi doktor yang benar-benar tuan punya klinik yang suntik. Ubat pun camtu. Dorang ni tak timbang baby/anak terus je bagi dos ubat. Uik?? Bukan ada kiraan ke? Ikut sedap je dorang ni. Ngeri lak LM.

Ubat untuk ibu bf atau hamil dorang syok je kata boleh padahal bila check balik tak boleh makan.. Huhu
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Semalam mmg truk sangat jerebu.. masa tengah menjerit2 ajar di kelas, nganga besar tu terasa ada benda masuk tekak.. terbatuk pulahan kali nk habis kls sejam tu.. moga cepat baik la jerebu ni

Ibu Muda 30series said...Reply To This Comment

Teruk ye sis jerebu kt sana..Alhamdulillah kt KB setakat ni ok. Semoga cepat sembuh ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...