Wednesday, September 30, 2015

Kebun Mini-Menjimatkan

Assalamualaikum...

Lamanya tak update pasal kebun mini kan? Alhamdulillah segala sayur dan ulam hidup subur. Sejak ada baby ni harap incek z je la yang menyemai itu ini. 

Hasil tuaian petang ni. Petik yang nak guna saja. Kebetulan stok cili api dah habis dalam fridge tu, kenalah petik dari kebun kan? Haha macam lah besar sangat kebunnya tu.

Limau kasturi tu dah hampir kekuningan dah nak masak di pokok. Kenalah dipetik sebab kalau lambat petik takut gugur atau pecah buahnya. Sedap dibuat limau ais atau sirap limau. 

Ulam raja sedap dibuat ulam cicah sambal belacan. Limau purut tu boleh buat mandi ... Mandi limau rasa segar je. Hehe cam dalam pantang la pulak:)

Bendi, cam biasalah lepas petik simpan dulu. Dah banyak baru goreng atau campur dalam asam pedas.

Jimat ke ada kebun mini ni?
Jimat sangat!

Kalau beli cili api di pasar tani tu sepiring kecil dah rm2. Kalau beli yang cili siam tu sepaket banyak yang busuk pula tu. silap-silap tak habis guna terbuang begitu saja.

Ulam raja, nak guna sikit je. Kalau beli sah-sah tak habis makan. Kalau tanam nak makan petik je banyak mana yang kita nak. Ulam raja ni bagus untuk merencatkan sel kanser tau. Tinggi antioksidan.. Awet muda pun ye juga makan ulam ni. 

Jom la kita berkebun. Takda tanah kita tanam dalam pasu je. Tanah beli kat nursery. Nak seribu daya takmo seribu dalih.


www.tips-fb.com

7 comments:

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

agree sgt sis, nak seribu daya... akak ni memang malas nak berkebun.... hehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kagum weh LM.. ni mcm2 ada dh xmcm kebun mini tau.. kebun besar 0un ada masanya xbanyak pokok mcm ni.. sukanya tengok..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tak kiralah besar ke kecil kebun kalau rajin dan ditanam pasti akan ada hasilnya. Pokok cili lagilah bukan susah mana pun nak jaga bila dah besar. Sekali berbuah tak akan berhenti. Sama macam limau tu.

Yg penting kena mulakan menanam bila dah nampak hasil dia akan memotivasikan utk lebih banyak lagi nak ditanam.

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Ya Allah rajinnye LM ni....rumah akak ni ada pokok kunyit je....hahaha...tu pon cam hidup segan mati tak mahu gituuuu....kene gak rajin2 kan diri la nampaknye pasni sebab cam seronok je kutip hasil...kikiki

Nora Karim said...Reply To This Comment

Saya pun ada la tanam sikit2.. mmg jimat jugak... dr beli di kedai...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ktorg pun sama kak. tanam dalam pasu je. atau bila balik kampung sebulan sekali tu petik dari kebun kat kampung siap2. sekarang nk tanam pokok cili pulak. pokok kunyit dah ada. sebab nk pakai daun kunyit selalu sehelai je. kalau beli berhelai2 kena beli yg tak terpakai nanti terbuang gitu je. membazir pulak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Macam berbaloi aje saya baca entri ni hari ni. Saya ni tengah bercita-cita nak berkebun. Maklumlah beli daun kari dan daun limau kat NSK tu RM2 sampai kecut kering dalam peti sejuk. Beli daun bawang, daun saderi, daun sup, daun ketumbar pun gunanya sekali aje tapi membelinya macam nak guna hari-hari!

Saya pun nak start bercucuk tanamlah. Harga barang sekarang dahlah semuanya mahal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...