Friday, September 4, 2015

Kebun Mini- Sedikit Sebanyak Menjimatkan Kos Perbelanjaan

Assalamualaikum..

Jika ada taman mini untuk bersantai rehatkan minda sambil lihat ikan berenang dengan gembira kita perlu juga ada kebun mini walau sekangkang kera . 

Rumah tak bertanah pun boleh je ada kebun mini. Boleh tanam dalam pasu atau kaedah hidroponik. Ye tak?

Ex DPIM memang suka main tanah walau sejak hamil kan ariz malas ya amat harap incek Z je semai itu ini.. Hihi

Petang semalam budak selesema yang asik merengek tu tidur kejap. Dapat la LM petik apa yang patut..


Alhamdulillah.. Cili api memang 4-5 pokok tu semuanya sarat berbuah tak terpetik dah.. Pagi ni buat nasi goreng kampung guna la cili api yang dipetik semalam. 

Kucai tu LM gorengkan dengan taugeh. Alhamdulillah sedap:) ada dua pasu . Tak termakan tapi rasa macam nak kena pecah pasu bagi dia lega sikit. Nampak dah penuh pasu tu. 

Ulam raja tu kami buat ulam .. Petik sikit je la untuk makan berdua. Dah banyak sayur tak larat la pula nak berulam banyak2. LM makan dengan sambal ayam penyet yang LM buat kelmarin. 

Syukur... Rezeki tu.. Jimat pun jimat. Cili api pun mahal kalau di pasar tani. Dulu masa baru pindah sini kami beli sepiring kecik tu je dah rm2. Dua kali masak dah abis. Kalau tak sempat masak dah busik ke tong sampah la jawabnya. Membazir kan? Kalau tanam sendiri nak makan baru petik.

Tangan panas? Hihi takda kot istilah tangan panas. Kalau cukup air cukup cahaya insyaAllah hidup. Teknik tanam pun kenalah betul. Kalau tanam tengah2 hari manalah nak hidup pokok tu. kejap je dah layu. Ye tak?


www.tips-fb.com

4 comments:

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

kak lydia ni kalau duduk kampung macam mak saya penuh pokok di tanam. saya kalau balik kampung nak makan main petik2 je kat kebun hasil tanaman mak saya. mak saya sampai boleh buat side income dengan hasil kebun dia. Mula2 dia bercucuk tanam sebab dia suka2 jer.. tapi bila dah banyak orang datang minta beli. Jual je la

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

bestkan ada mini kebun kat rumah. saya pun ada. senang nak makan petik je, rasa fresh sangat :))

Tips rancang kehamilan

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betul kalau kita tanam tak kiralah atas tanah atau pasu kalau dijaga mesti ada hasil tak banyak sikit. Cuba kira kalau beli kat kedai dah jimat berapa ringgit dah tu..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...Reply To This Comment

dulu saya pun sibuk menanam.. bila dah masuk keja nie .sian pokok2 kering kontang :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...