Thursday, September 17, 2015

Kebun Sayur-Kucai

Assalamualaikum..

Kucai..

LM antara penggemar sayur kucai. Dulu masa kat doha punyalah payah nak cari sayur kucai bila nak goreng kuey tiaw atau buat cucur udang. Hanya satu dua supermarket saja yang ada jual kucai.. Tu pun kucai dari thailand yang kecik2 ni mahal juga harganya. Ada kucai yang kurah sikit mak aii lebar betul daunnya. Ntah kucai ke tidak tak tau la.. Taram je la labu.. Janji ada bau. Ye tak? Haha

Kat doha dulu tanam kucai punyalah payah nak subur. Sayur lain elok subur tapi kucai LM cuba rupa janggut udang je. Halus sangat.

Balik sini balas dendam tanam kucai.. 

Ada dua pasu...

Dah penuh pasu masih tak dialihkan. Malas punya hal. Kesian kucai ku jadik kurus akibat sifat pemalas tuannya ni.

Jimat ke tanam kucai?
Jimat la..
Nak pakai baru petik. Takda istilah membazir. Kalau beli sah sah LM tak guna sampai habis. Selalu je lembik busuk camtu je.

Lepas potong nanti dia akan tumbuh lagi .. Boleh tuai lagi. 

Nak goreng kuey tiaw ke, buat cucur udang? Goreng dengan sayur taugeh? Buat sup tauhu pun boleh campur kucai.

Kucai ni bagus sebab ia menyejukkan badan tau. Kiranya sayur penyejuk badan la..

Selain tu kucai juga biasa orang tua- tua rebus buat mandi baby yang kena jaundis. 

Bila dah tua kucai  akan berbunga dan ada biji benih. Ambik biji yang dah hitam semai lah.. Nanti dia akan tumbuh pokok baru. Haaa barulah pokok kucai kita elok merebak banyak. Selain tu rajin-rajin la belai dan baja. Tanam apa pun kalau tak belai manalah dia nak subur. Kurang kasih sayang katanya. Hehehe



www.tips-fb.com

3 comments:

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

bestnyaa... saya pun tanam sayur-sayur kat rumah.. bila nak makan petik je, jimat dan paling best rasa fresh! :))

jom folo saya

safurara said...Reply To This Comment

cucur KUCAI! hehehe sedap LM!

Elly Jade said...Reply To This Comment

haha... selalu confuse kucai dengan daun bawang
yang sesuai masak utk mi tu apa kak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...