Sunday, September 13, 2015

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Assalamualaikum..

Salam takziah buat semua mangsa yang terlibat dan keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di masjidil haram semalam.

Sedih, pilu dan sayu melihat gambar selepas kejadian terutama melihat gambar mangsa yang tercedera serta yang terkorban bergelimpangan di sana sini. 


Ini lah kren yang tumbang tu.. Melihat video detik-detik tumbangnya kren buat dada ni berdebar-debar. Terbayang laluan sa'i yang pernah kami lalui dahulu.. Dulu.. Bila letih berjalan sa'i pasti kami berhenti minum dan berehat sebentar di tepi-tepi dinding tu:( 




Moga jemaah haji yang cedera  segera sembuh dan dapat menjalani ibadah haji dengan baik selepas ini. 

Marilah kita sama2 mendoakan jemaah haji yang masih belum dapat dikesan segera dijumpai . Ribut pasir yang berlaku mungkin menjadi punca kren tersebut tumbang. Kita tunggu pihak sana jalankan siasatan. 

Al fatihah buat semua yang terlibat dalam tragedi semalam. 

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...