Sunday, September 20, 2015

Kucing-Kurap Dan Sakit Mata

Assalamualaikum..

Kucing yang kami kutip di pasar borong hari tu ada kurap. Dah sapu krim tetap tak berkesan. Berkuping kurapnya sampai berdarah-darah dia garu. 

Mata bertaik dan berair sentiasa. Dah titis ubat mata biasa walau nampak baik tetap 10-20 % masih belum pulih. Makanya semalam ayah dan anak-anak bawa ke klinik haiwan juga akhirnya..

Suntikan rm20, konsultansi rm20, ubat mata rm5, syampoo anti bakteria rm18.. Makanya dengan penuh harapan ummi harap black cepat sihat.

Corak pemakanan black yang memilih takmo makan makanan kucing walau dah biar dia berlapar tetap dia takmo jamah makanan tu nampaknya ummi kena tukar kepada jenis lain. Dia memang ngap ayam dan ikan saja. Doktor dah pesan jangan kerap bagi dia ayam ikan tu supaya tak kecacingan. 

Perisa tuna kot makanan dia tu. tak sedap ke? Haishh kucing jalanan memang tak suka makan makanan kucing ke? 

Camne lah nak pujuk dia makan? Hurm...

Syampoo kucing dah beli, tapi siapa yang kena mandikan si remaja tu? Ummi? 

Biasa ummi mandikan pakai sabun baby ariz je.. Ekeke.. 

Hari ni debar2 pula nak mandikan black.dia makin besar, kuku makin taham, lebih kuat meronta.. Aduh duh..

"Jap sayang.. Kita mandi ye.."

" jangan cakar ummi ye.."

" jangan gigit ummi ye sayang.."

Gerun weii.. Jangan calar balar lengan mulus ummi pulak? 

Fuhh syukur takda sebarang kecederaan. Lap2 dia sampai kering kemain lagi dia duk tenung mata ummi. Alolo manja la tu..

Black... Tak lawa pun. Kucing kampung je.. Anak kucing kurap melentok tepi kedai kat pasar borong yang kami kutip .. 

Syukur sekarang dah gemuk dah buncit perutnya. Tak macam dulu pasif dan kempis perut kelaparan.

Amanah dari Allah.. Kenalah jaga elok2..
www.tips-fb.com

4 comments:

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

bestkan belai-belai kucing :))

Testimoni kulit wajah cantik

cikel said...Reply To This Comment

Salam..sy pernah baca..nak hilang kan kurap kucing sapu dgn minyak bekas goreng ikan..Insya Allah berkesan..sy baca dekat blog namee roslan

ejulz said...Reply To This Comment

Alhamdulillah dia semakin sihat.. tapi ejulz geli ngan kucing.. takut kene cakar.. hehe

Selamat berhujung minggu. Jemput singgah k..

Entry terkini:
1. "Gudluck Sutra Dana - Lantai Cilik Musim Ke-3"
2. "Aperture Squad Artwork"
3. "1st GiveAway by Ciktaman"
4. "Segmen Blogwalking Bersama KisahPondokKecil"
5. "Aneh!! Sebiji telur ada 2 kuning telur.."

Mohd Shahazrin said...Reply To This Comment

wow... saya pun suka kuncing..ada la yagng kat opis nie kucing liar.. kita duk bagi makan hari2 sampai dah manja..last2 bos bagi arahan jangan bagi makan... tolong buang... lol sedih kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...