Tuesday, September 1, 2015

Lawat Ayah Di Hospital

Assalamualaikum..

Alhamdulillah doa kami supaya ayah segera dipindahkan dari icu ke wad biasa Allah makbulkan. Petang jumaat ayah dah dapat masuk wad biasa 

Incek suami baik hati sudi nak hantarkan LM ke melaka untuk lawat ayahnda. Dengan masa yang suntuk anak bak upsr, jem teruk sebab mereka cuti merdeka paham sajalah sesaknya jalan raya tu macam mana.

Kami gerak selepas sarapan dalam jam 10 lebih. Syukur dapat sampai sekitar 12 lebih. Walau ayah dirawat di hospital swasta tak perlu tergesa-gesa nak kejar waktu melawat, tetap nak sampai awal agar dapat pulang awal sebab takmo maisarah keletihan tak dapat study di malam hari.

Disebabkan syafiq tau keadaan atuk yang berselirat wayar sana sini dia minta belikan roti katanya nak suap atuk sebab tangan atuk sakit. 

Malam tu juga LM buatkan roti untuk ayahnda. Lewat la juga tidur sebab nak tunggu roti tu sejuk sebelum ditutup.

Pukul 4.30 pagi ayahnda sms.. Dia kata dia okey, bla bla bla.. Takpe kaklong tak datang, ayah okey je. 

Sobss ayah sangat memahami anak yang sorang ni jauh dan sangat banyak tanggung jawab dengan anak yg nak upsr dan yg lain sedang exam.

LM tak bagi tau pun nak datang. Dah sampai hospital baru call bonda tanya nombor bilik. Terkejut la dorang.. Hehe


Sampai je Terus syafiq suap atuk..


Syukur ayah makan banyak juga roti air tangan anak dia ni. Macam biasa ayah memang peminat tegar roti anak dia

Kapas di hidung ayah dari dikeluarkan. Ayah baru boleh makan.. Sebelum ni bila makan dia rasa makanan tu masuk ke hidung.

Pembedahan tumor di antara dua mata tu dilakukan melalui hidung. Tu yang hidung ayah yang luka. Lepas pembedahan selesai dalam hidung yang rosak tu diganti dengan lemak dari perut. Sobss perut pun kena tebuk!

Kata doktor nak mudah kerja dia boleh je belah dahi tapi ayah pula nanti cedera parah dan berparut di dahi. Maka hasil perbicangan, mereka pilih dilakukan melalui hidung.

Syukur dapat tengok ayah depan maa. Lega tengok dia dah ceria.
Aritu balik segamat jenguk ayah sedih tengok dia pucat tak bermaya. Takut pun ye juga. Tumor okey! Kat otak.. Sape tak takut? Semua takut kot..

Terima kasih atas doa kalian pada ayahnda saya. Terima kasih banyak2.


www.tips-fb.com

4 comments:

hamizah che mat said...Reply To This Comment

semoga ayah cepat sembuh yefollow blog saya

ejulz said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh..

Entry terkini
1. "Baby Comel"
2. "Job hujung minggu lepas"




Ungu Violet said...Reply To This Comment

moga cepat sembuh..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah, lega dah hati ya LM bila ayahanda tersayang dah beransur sembuh. Ayah LM tak mahu menyusahkan anak sulungnya sebab dah tahu komitmen banyakkan. Tapi bila buat surprise macam ni, tentu terharu hati ayah LM kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...