Tuesday, September 1, 2015

Lewat Lagi

Assalamualaikum..

Lewat!

Asal cuti panjang je mesti lewat! Dah kenapa LM?

Anak-anak ni memang la terlajak tidur sebab keletihan dah malam pun masih main pistol air berlari ke sana sini berpeluh-peluh. Letih sangat agaknya. Berlari keliling rumah, entah berapa kali tawaf pun tak tau la. basah kuyup.. Basah dek peluh bercampur basah kerana air.

Ummi pula lewat bangun sebab baby ariz macam tak lena sangat tidur. Beberapa kali terjaga malam tadi. Merengek je. Mungkin sebab sejuk kot.

Sedar-sedar dah jam 6 pagi sah la rak sempat nak masak kan pasta yang mereka minta. Roti la yang disunbat dalam bento mereka. 

Haish..bila lewat memang camtu. Untuk ayah ummi buat nasi goreng kampung saja. Tup tup ayah belikan nasi lemak paru untuk ummi? Erkk 'minyak' untuk ummi sebab ummikan menyusukan baby. Kalau tak sarapan berat sah la tak cukup susu nanti.


www.tips-fb.com

2 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

dapat bayangkan camne keadaan kita kalau bangun lewatkan...hehehee

Mummydearie said...Reply To This Comment

Stress tahu kalau kita terlewat bangun. Lepas tu dek kerana panik takut tak sempat itu, ini, berantakanlah kerjarumah jadinya. Itu sayalah. Tapi saya tengok LM ni walaupun lewat bangun boleh lagi main masak-masak kat dapur. Dapat masak tu pun kira dah ohsem sangat bagi saya tau, LM. Kalau saya lewat, memang takda main masak-masaklah. Sumbat apa yang dah sedia ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...