Tuesday, September 15, 2015

Liku-Liku Perjalanan Menyusukan Baby

Assalamualaikum...

Niat nak menyusukan baby ariz sepenuhnya dengan susu ibu amat mencabar.

Sama seperti sejarah anak yang lepas-lepas, bila masuk je lima -enam bulan susu akan mula drop. 

Sejak dua bulan ni susu drop sangat. Jarang betul dapat 5 oz bila sekali pump. Ada orang kata, ala takyah la pump. Bukan kerja pun...

LM memang ajar baby ariz guna botol. Sehari sekali atau dua kali guna botol. Senang nak tinggal kalau ada hal. Kita pun nak juga belai diri nak ke saloon rambut ke nak buat facial ke.. Takkan nak jadi pontianak serabai sepanjang masa. Huhu

Kalau dulu pump manual atau marmet senang-senang je dapat 5-6oz. Kalau pakai pump zaman apit pump pureen guna bateri tu pun takda masalah cuma agak sakit guna pump tu.. 

Sejak seminggu ni dah dapat pump elektrik ni makin rajin la LM pump. Nekad nak buat power pumping nak up kan susu. Jaga makan, jaga air.. Jangan sampai tak cukup minum air masak. Emosi? Err payah sket bab nak jaga emosi ni. Selalu je naik angin dengan anak2.. Haha

Syukur..
Susu dah mula up balik walau tak la dapat 5-6 oz sekali pump. Harap mampu menyusukan baby ariz hingga dua tahun. Tapi kan.. Bila susu drop LM bagi dia 1 oz pun dia sendawa. Haaa berkat tau.. Sikit pun kenyang. Semalam bg dia dua oz tak habis pun. Terkulat2 dia nak habiskan. 

Dia makin lasak. Dah berdiri menyusur ke sana sini. Ummi makin busy layan dia takut terjatuh. Alahai anak.. Tak berani nak tinggal kalau dia tak tido:(


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...