Wednesday, September 16, 2015

Mei Tai Infantino-Review

Assalamualaikum...

Esok 17 september .. Genap 12 tahun si kakak sulung. Memang tradisi keluarga kami akan meraikan hari lahir maghrib sebelum tarikh tersebut.. Bermaksud diraikan pada 16 hari bulan...

Tak plan apa pun, macam biasa cuma acara makan di luar dan potong-potong kek...

Memang tak rancang nak makan kat mana, nak makan apa.. Terus je angkut anak-anak dan buat keputusan dalam kereta je tadi.

Bila terkocoh kacah, stroller tertinggal. Si ayahnda dah panik. Jenuh la nak kena kendong si baby. Tapi ummi relaks je sebab ummi memang angkut mei tai dalam beg baby ke hulu ke hilir.

Err ni first time ummi jadi mak kanggaroo kendong si baby. Lama sangat tak jadi mak kanggaroo mujur tak terbalik ke belakang. 

Ops ummi makin sasa tak jadi hal pun.. Ekeke

Alhamdulillah mei tai sangat friendly sebenarnya walau ada yang kata eh payah kot nak kena ikat bagai?

Macam tadi, mula-mula adik ad dukung baby. LM terus ikat tali tu kat pinggang, masukkan baby sambil dakap terus silang tali kat belakang dan lilit bawah punggung baby. Terus tarik ke belakang dan ikat lagi. Cepat dan mudah. Kukuh sangat dan baby pun aman damai bahagia duk dalam tu.

Mei tai boleh dukung depan dan belakang ye.. Boleh guna hingga baby 4 tahun. Nanti bila baby ariz dah besar LM tunjuk cara ikat kat belakang pula okey.

Mudah nak pakaidan mudah nak tanggalkan. Kalau sendirian ikat dulu sementara letak baby di child car seat. Lepas tu baru dakap baby dan ikat. Kita buat dia.. Tak susah pun. Mei tai memang betul-betul sokong peha baby. InsyaAllah memang selamat di gunakan. 

Masa memula nak beli tu takut gak nak labur duit dan beli tanpa bincang denan incek suami. Tapi.. Nekad je la. bila dah beli terus tunjuk cara pakai dan tunjuk kebaikan mei tai yang support peha baby. Pasni kalau tak bawa stroller takda la jenuh nak kendong baby. Lenguh la juga.. Pastu muka terus tak boleh senyum dah. Ehehe.

Alhamdulillah.. Target nak beli carrier dah dapat,pump  elekrik pun dah dapat. Syukur .. Keduanya amat bermakna, amat membantu dan sangat diperlukan walau agak takut2 nak beli pada awalnya sebab tau dah lepas ni memang kena let go la dua barang ni sebab takda siapa dah nak guna. 


www.tips-fb.com

2 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Teringat zaman anak anak kecik dulu. mmg adalah jugak benda gini. Katanya org ada, kita pun nak jugak try hihi....La ni tak larat dah nak mengendong mereka memasing dah lebih besar dpd maknya ....

Anonymous said...Reply To This Comment

nk tny..beli kt mana ya infantino mei tai tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...