Monday, September 21, 2015

Memasak-Mencabar Ke?

Assalamualaikum..

Mencabar ke tugas memasak ni?

Best kot memasak kalau dah ada dalam kepala menu apa nak masak dan segala bahan dah ada dalam 'peti besi' kat rumah tu

Lebih best kalau dapat memasak dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan. 

Malangnya.. Bila mood malas menjelma, ditambah pula dengan kelasakkan baby ariz, terus merundum mood nak masak itu ini tu. ahakss alasan paling win. Ye tak?

Bila cuti.. Mulalah rasa 'eh bekpes kat luar je la..'

Haha..( gelak jahat). Istighfar banyak-banyak.. Gagahkan diri mengintai apa benda boleh dimasak kat dapur tu.. Tettt !! Baru mood datang.

1.plan pertama nak hidang roti canai kecundang sebab lupa rendam kacang dhal sebelum tidur malam tadi. Makanya tak boleh nak buat kuah dhal.

2. Plan kedua pun gagal tak dapat buat nasi lemak sebab tak sempat petik daun pandan sebelum tidur. Sambal pun tak sempat buat malam tadi. 

Makanya, tengok ada nasi sikit, jadi lah nasi goreng cili api berdaging. Weeee sedap jugak kan?  Lawan pula dengan milo ais memang anak2 tak nampak ummi la

Menu lunch apa pula?
Sebab malas nak fikir sangat, kacang buncis digoreng kicap dengan sambal udang je la..

Minum petang?
1. Plan pertama nak buat goreng keledek dan keladi gagal sebab kemalasan kuasa dua menyelubungi diri. Ahaks..

2.plan kedua nak buat roti puri cicah sardin pun gagal..

3.talam keladi? Hahhh lagi gagal sebab tak sempat nak kukus keladi bagai. Sobss

Makanya buat kek batik maree je la. kejap je godek dah siap, sedap pun sedap.

Mencabar kan bila wajib masak tapi sangat la mala camni? Gi makan luar? Tak larat la weii nak angkut baby, nak kena jalan, nak kena parking..nak kena bayar tax gomen la, gst la, tax itu ini la..

Cam restoran ayam tergolek2 tu la..tax yang satu tu 10%, tax lain lagi? Ayoyo.. Kalau makan dlm rm200 taxnya dah berapa? Kami ni ramai .. Huhu. 

Seminggu sekali dua je lah makan tempat2 gitu tu, memang tak logik harga nya. Tapi kan.. Ada satu tempat, eh silap, dua tempat kat cuberjaya tu nasik goreng dia cam tak logik harga tapi siyes memang tu lah nasik goreng paling sedap pernah i makan selain restoran pinoy kat doha dulu. Hehe tapi kat doha dulu rm7 camtu je nasik goreng dia sepinggan penuh tu. blh mkn bertiga dengan anak2. 

Ops dah menyimpang ke kisah lain pulak dah, tapi tetap nak cakap kalau mood merundum memang lah mencabar tugas masak memasak ni. Nak goreng telur pun jadi malas kalau dah datang angin malassss


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...