Tuesday, September 29, 2015

Menu Kampung Masak Lemak Labu

Assalamualaikum..

Petang ni memang dah plan malas nak masak beriya-iya. Hanya sayur labu masak lemak putih di lawan dengan ikan cermin digoreng kunyit saja. Berulam daun salad/timun jepun dan daun ulam raja dengan sambal ayam penyet. 

Sesekali menu simple juadah kampung mampu memikat selera terutama dikala tekak tak berapa elok ni. Bila dekat dengan anak tekak ada ulser terus segala juadah terasa tidak enak. Allah cabut nikmat makan tu sikit saja tapi dah terasa begitu payah nak telan makanan.

Jerebu nampak makin teruk saat petang menginjak ke senja ni. Pemandangan makin kabur berbanding siang tadi.

Syukur si kakak dah abiskan kertas bahasa arab nya hari ni, moga dapat keputusan cemerlang, amin.


www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM, silalah percaya saya makan lauk labu masak lemak ni. Padahal saya ni bukan 'penyayur' orangnya. Bubbly Abang tukan ikut sayalah tak makan sayur, lepas tu ada hati nak marahkan anak. Sebiji macam ketam ajar anak jalan lurus tau!

Apa-apa pun labu masak lemak memang sedap bukan hanya untuk yang ada ulcer di mulut saja tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...